5.1.12

Rumah




Bila dah ada kerja tetap dan di sediakan dengan kemudahan pinjaman perumahan sangatlah rugi kalau tak beli sebuah rumah. Biarlah rumah yang dibeli tak sebesar dan semahal mana pun, asal ada rumah dan mengikut kemampuan kita sudah cukup.

Alhamdulillah, tahun 2005 aku beli rumah atas nama sendiri. Buat pertama kali aku rasa bangga ada rumah sendiri. Tapi Ada kawan yang cemburu dengan apa yang aku ada. Ada rumah, kereta/motorsikal ketika masih bujang. Biarpun diorang tahu kereta tu bukan hasil titik peluh aku. Terima kasih ayah :)

Tapi kenapa nak cemburu sedangkan diorang pun mampu. Kenapa tak beli je? Jawapan.. nak buat loan pastu nak beli tanah kemudian baru nak buat rumah atas tanah tu. Jimat katanya! dan rumah pun boleh buat besar lagi daripada beli dengan syarikat perumahan tu.

Sudahnya sampai sekarang tak menjadi! Takda hasil. Servis dah sampai kat tengah2 tapi rumah sendiri belum ada. Bukan tak boleh nak buat macam yang diorang kata tu tapi kalau berhajat tu biarlah betul2. Ini tak, bercakap sekadar untuk meninggi diri sebab irihati dengan orang lain!  

Kalaulah dari dulu lagi sama-sama beli, sekurang-kurangnya bila dah pencen nanti takdalah kena tunggu lama sangat nak bayar balik pinjaman rumah tu. Rugi masa.

So, sekarang sapa yang rugi?



13 comments:

  1. Okie Niza, nak beli rumah lah ni sebelum terlambat haha..tanah dah beli tapi bukan utk buat rumah, tanam utk pertanian je

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah murah rejeki :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kata maher zain

    ReplyDelete
  4. uuu...

    xde duit lagi nk beli umah..

    ReplyDelete
  5. orang kata bila nak apa2 kena cermin jugak keupayaan diri..kalau rasa susah nak gapai buat je mana yang termampu..kalau dok harap yang setinggi gunung tapi tak mampu telan je la air liur..tengok orang ada itu ini mula nak dengki..padahal dia pun boleh ada..

    ReplyDelete
  6. tuh lah masalah manusia suka cemburu nauzubillah min zalik

    ReplyDelete
  7. dah ada rumah tapi sewakan kat student.azzah sendiri sewa rumah orang..boleh gitu?

    ReplyDelete
  8. Biar rumah tu kecil asalkan rumah sendirikan...^^

    ReplyDelete
  9. Lumrah manusia.. Pasti ada yang cemburu tengok kesenangan orang lain.. Tahniah kak ye dah ada rumah sendiri.. Bertindak ikut kemampuan bukan ikut kemahuan.. ;)


    Mereka dan keluarga mereka yang rugi..

    ReplyDelete
  10. Tp rege umah kat Klang Valley....

    Uwaaa!

    ReplyDelete
  11. ade rumah patung je...huaaa
    leklu masih muda...hahaha

    ReplyDelete
  12. tak pe masing-masing ada plan masing-masing....saya sendiri pun pernah bercakap ngan parents nak beli rumah padahal kerja pun lok lak lagi...kena tunggu stabil baru boleh belik....haha

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D