1.1.12

Tanda Isteri Derhaka





Sesungguhnya kita sangat beruntung menjadi seorang isteri, kerana diberikan ruang dan peluang yang maha luas untuk mendapat tempat di syurga. Dosa isteri dah la ditanggung oleh si suami, dan si isteri pula diberikan tempat tinggi di sisi Tuhan apabila mereka juga bergelar ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu, begitulah nilai seorang ibu buat anak-anak.

Namun, terdapat hadis yang mengatakan bahawa ramainya penghuni neraka adalah dari kalangan perempuan. Mengapa boleh berlaku? 

Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan.

Jadi, di sini saya kongsikan tentang tanda-tanda isteri derhaka. Ia sebagai buat renungan dan ingatan, agar isteri berupaya mendapat tempat tertinggi di sisi Tuhan dan suami. Dan buat para suami, jangan dilepaskan tanggungjawab, anda perlu memimpin mereka yang sepatutnya anda pimpin. 

7 tanda-tanda yang si isteri menderhaka kepada suaminya:

[1] Menghina @ mengumpat suami
[2] Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
[3] Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
[4] Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
[5] Membenci kegemaran suami
[6] Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
[7] Mengungkit-ungkit janji suami

Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri...



Sumber: Facebook

4 comments:

  1. tak jd isteri lagi..so, x buat perkara2 ni..=)

    ***aa, header buat sndiri..huduh2..x reti ngat pon..

    ReplyDelete
  2. moga dijauhkanla dari jadi isteri derhaka..

    ReplyDelete
  3. mintak jijah di jauhkan dr perbuatan begini sis..

    ReplyDelete
  4. azza penah dengar, jika seorang isteri slat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari,bila suaminya mengajak ke tempat tidur dan pompuan itu lambat sesaat pun, maka pada hari kiamat isteri itu dirantai bersama syaitan dan diheret ke neraka yang paling dalam... jangan main main woo..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D