1.1.12

Tidur Dalam Kereta di Malam Tahun Baru




Assalamualaikum. Hari pertama di tahun 2012. Owh,  Cepatnya masa berlalu... dan ini entry pertama untuk permulaan 2012. Terasa skema tak dengan intro ni? Kann?? Ceh! feeling ala2 nak berfalsampah lah pulak.. Adoi! maklum la... dah tengahari baru bangun tidoq terus buka blog. Mudah2 je kan... macam takda kerja je nak buat. Alah... aku berdua je dengan suami dalam rumah ni. Ko mampu ke macam aku? Kehkehkeh...ayat nak kena sekeh kepala ni. :P

Eh, korang semalam lepak sambut tahun baru kat mana? Mesti hebat kan pengalaman sambut tahun baru korang. Aku? Aku sambut dalam kereta je dengan suami kat tengah2 highway.. sambil merakam video percikan bunga api di kiri kanan highway tapi tak dapat dengar bunyi dentum dentuman percikan bunga api tu je. Yelah, dok dalam kereta kan. Tapi cantik sangat permandangan tengah malam semalam. Dilimpahi cahaya yang berwarna warni. denggg!

Ceritanya semalam... Aku dengan suami memang rancang nak keluar makan je dekat Kapitan Penang. Tapi kami memang sengaja keluar lewat agak dekat 11.45 camtu baru keluar. Masa kat jambatan... jalan lengang je. Jadi, hati rasa sangat best... tak jem! Tapi bila sampai kat Georgtown dah 12.30... jalan nak ke arah Padang Kota sangatlah sesak. Awal2 lagi kami memang takmo masuk Padang Kota... Cari penyakit la kalau masuk situ, susah nak keluar nanti. Pusing ikut jalan lain... takdelah sesak teruk sikit2 je. Terus ajak cik abam pi Gurney Drive hajat nak lepak kat starbuck. Ngidam nak minum kopi kat sana, kunun nak bagi hilang mengantuk. "Sori kak, nak tutup dah!" Tengok2 jam dah pukul 1 lebih. Warghhhh!! berjejeh rasa air liur aku. Dahla nak dapat parking kat situ pun susah.  dengg!

Takpa. Redho! Dah tak dapat lepas hajat kat situ kita pi pekena kopi dekat Kapitan lak yang nah! Aku ghoyat kat cik abam lagu tu la. Dengg!! elok nak pi sana nampak motor polis dok melintang tengah jalan pulak dah. Konpem polis tak bagi masuk situ sebab jalan akan bertambah jem, jadi depa suruh ikut laluan alternatif yang lain. Aku tahu laa.... lapang tahung aku dok Penang haa! Tapi, nampaknya cik abam aku lagi terer jalan2 kat Penang walaupun dia tak pernah dok sana. Confuse! Owh, bekas mat merempit kot dia nih... mat rempit je tau jalan2 shortcut ni. Hahaha... lawak ja yang~!

Cik abam bawak ikut jalan lorong2...wah!! baru aku tahu jalan lorong2 sekitar Komtar, Mydin, Bazar Chowrasta tu sangatlah cantik depa buat. Macam dok kat Hanoi pulak aku rasa. Agak la! Hanoi pun aku taktau rupa dia cemana. Haha! Bukan lorong gelap tau...cerah je lorong dia. 1st time aku masuk jalan tu. Best tengok penghuni rumah2 kedai (cina) lepak2 kat tepi lorong tu. Nak tumpang lepak jugak la dengan depa yang...bulih?

Oke, panjang lagi cerita ni..bulih dok melalut cerita yang lain pulak :P Sabaq..sabaq!

Sampai kat restoren Kapitan. Ya Allah, apa la ramai sangat manusia nak makan kat sini nih... dah 2 pagi. Pi balik tidoq la! Sampai takdak tempat duduk dah.. yang berdiri tunggu meja kosong pun dah ramai kemain. "Yang, takda tempat duduk ni...take away jelah!" Aku memang jenis tak sabar punya orang. Yelah, mata dah sampai ke tahap otomatik dah, boleh tertutup sendiri. (ngantuk). Nak mudah tapau jelah. Akhirnya, tapau 2 bungkus nasi beriani dengan 2 set cheese naan. Oke, cheese naan tu dah lama aku mengidam. Tapi rupa dia tak sama la dengan cheese naan ni. Kecewa sangat! 

Masuk dalam kereta aku terus tertidur memang dah tak larat nak buka mata. Kejap2 cik abam dok cuit2 aku tak bagi tidur sebab dia pun dah ngantuk sangat. Dok ajak aku sembang dengan dia. Dah pukul 3 pagi. Sampai kat jalan susur masuk ke jambatan tu.. Ya Allah jem panjang gila. Aku tahu sebab apa jem. Setiap malam polis akan buat road block kat atas sebelum sampai pertengahan jambatan. Pernah dulu 2x aku balik dari kerja pukul 3 pagi sorang2... tengok polis ada tengah buat road block. Arghh..stress! 

Aku makin risau bila tengok cik abam dok mengantuk sangat2. Dekat setengah jam jugak bersesak kat situ. Last2 cik abam cakap.. "kita pi tidoq kat mana2 dulu la syg..esok pagi baru kita balik!" Memang itu pun aku nak cadangkan. So, kami pun terus pi kat Queensbay... cari tempat parking yang lapang dan tak gelap. Tutup aircond, tutup enjin kereta, buka cermin tingkap sikit, terus tidoq tak ingat apa. Masa tu dah 3.45pagi. Nak tidoq kat hotel pun tak berbaloi...sekejap sangat je.

Tapi aku tidoq tak lena sangat, panas!! Kejap2 terjaga...tengok orang masih ramai. Yang paling lawak aku rasa, dengan mata yang tertutup rapat, suara pun pun lemau semacam je cik abam aku tanya... "Syg, surat nikah bawak dak?" Ahahaha! Tahu takut jugak rupanya dia. "Eh, nak takut buta apa yang... kita halal... bawak yg photostate je." Hehehe.

5.30 tadi baru kami balik. Sampai rumah betul2 azan subuh. Mandi dan solat siap2... pastu sambung tidoq balik sampai pukul 11. Hehe. Sudahnya, nasi beriani tak sempat nak makan pun semalam. Tu aku tengah panaskan, japgi baru nak makan. Nyum3..

Awal2 tahun lagi dah ada kenangan 'manis'! ko ada? babai :)

8 comments:

  1. pengalaman sambut tahun baru tu...!

    ReplyDelete
  2. huisshh best laa pengalaman tahun baru aku.. ngehh ngehh

    ReplyDelete
  3. hhee..dasat sambut tahun baru yer..hihi...*smbut kt umh jer..dpn lappy..

    ReplyDelete
  4. ala kalau kena tangkap pun apa salahnya ...ada la cerita untuk tahun baru...hehe

    ReplyDelete
  5. azzah sambut sorang2 je depan tv.encik suami pi outstation.kalau ada dia pun,sambut sorang2 jugak.dia tidoq..:)

    ReplyDelete
  6. hahah..
    masa belum ada maisara dulu suka buat tabiat gitu..tetiap hujung minggu kompem tidur dalam kereta..
    kat tepi pantai..heheh..
    tapi tak pernah bawak surat nikah...
    ekekeke//

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru niza..satu pengalaman yg agak lucu boleh di katakan..hehehehe

    ReplyDelete
  8. azza sambut sorang sorang je kat umah, rasa tak caya sungguh. tengak ketuk tombol pintu bilik sbb kunci hilang, tetiba dgr bunyi bunga api, mencicip turuh bawah bukak TV dan tepon kawan. sunyi oh malam tadi..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D