19.2.12

Baru 30an pun!



Semakin hari rasa diri semakin tua. Dah tak kuat macam dulu lagi. Tak dapat bertahan lama macm dulu lagi. Dari awal pagi hingga ke petang dah 3x tidur. Percaya tak? 

Gara-gara mengemas rumah...Jangan ingat tak pernah mengemas rumah pulak sebelum ni!! Cumanya... kerja jadi banyak dan rumit bila terpaksa pindahkan set bilik tidur di bilik utama ke bilik tengah.  Dan  barang2 di bilik tengah dipindahkan ke bilik belakang. Dan barang2 di bilik belakang nak letak kat mana pulak?? Haa! yang tu perlukan kemahiran 5S (sisih,susun, sapu, seragam, sentiasa amalkan)

Yang 'sentiasa amalkan' tu rasa macam tak releven. Cukup sampai 'seragam' saja, untuk pastikan ia nampak kemas! Ehh, aku tak suka rumah berselerak dan tak teratur kalau susun barang. Sakit mata aku yang dok hadap segala isi dalam rumah ni hari2. Rumah kena kemas, balik keja baru tenang sikit nak berehat, ye dak?

Untuk satu hari setengah ni sanggup korbankan masa tak hadap blog semata2 nak kemas rumah, nak kosongkan bilik depan tu, sebab nak masukkan set bilik tidur yang baru. Excited! Kemain nak siapkan bilik tidur dengan suasana yang lebih romantik. Cewahhh. 

Oke, berbalik pada perenggan pertama. Taktau kenapa, sekarang ni cepat sangat terasa penatnya...angkat2 barang sikit, rasa letih pegi baring jap kat ruang tamu...baring2 terlelap. Agak2 dah hilang penat bangun pi sambung lagi sapu2 habuk, mop2 lantai pastu penat pi baring pulak kat ruang depan...terlelap lagi. Sejam lebih kurang tidur, bangun pi sambung lagi keja yang belum siap, penat tidur kejap. 

Rasa pelik sangat. Kalau dulu... aku boleh siapkan semua serentak takda rehat2. Dah siap semua...baru rehat. Tapi sekarang dah lain, badan makin lemah. Sebelum ni aku dok rasa muda remaja.. hot lagi. Ehh, tang Hot tetap hot lahh! (:P) Tapi bila dah jadi lagu tadi..sampai 3x tidoq baru sedaq diri dah semakin tak kuat..ceh! baru 30an kot!! Pi mana abih ntah stamina aku ni, aerobik sejam non stop bulih pulak. Konpius ceq!!


12 comments:

  1. ntah2 ada isi kot,tu yg cpt penat.heehee.amalkan minum susu anlene :)

    ReplyDelete
  2. Fuh...Banyakkan b'rehat kak..

    ReplyDelete
  3. tu tandanya kena buat hari2 kot,,

    ReplyDelete
  4. wa rasa kak xamalkan kacip fatimah ni.. ce try.. impak memuaskan..heh

    ReplyDelete
  5. mgkn kena mnum byk ayer masak kot.....
    errr xtau nk suggest mnum ape ;p

    ReplyDelete
  6. aku pun cepat rasa penat.samada bnyak tdo..atau kurang exercise.kna bnyak mkn bitamin B ni

    ReplyDelete
  7. Muda lagi lah tu, cuma tenaga tu ada kureng sikkit je :P

    Sekali sekala tu pi lah ikut memancing ekekeke..*erk, apa kaitan? lol...

    ReplyDelete
  8. 30an muda lagi tu hehe...sy ni kot la...dh nk dekat 40...takotttttttttttttttt

    ReplyDelete
  9. taktau samada ia tanda2 berisi..atau tanda2 berusia. ^_^

    tapi mmg betul, sejak umur kian meningkat..akak pun mudah penat. takleh buat kerja rmh terus-terusan.

    ReplyDelete
  10. cepat2 check doktor..!


    hihihi..

    ReplyDelete
  11. @ecadwinkyasha/missSenget/Kak Ujie: tak mungkin, baru lagi... :P

    @Obi: hari2 la minum kacip...acane pulak tu?

    @Elih: Dah lama tak pi mancing...

    ReplyDelete
  12. kak..kena pi masuk air 1 botol ni tambah tenaga..hehe

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D