28.2.12

Berkongsi


Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat pusat bagi mengingati kembali kenangan suka duka semasa mereka aktif bekerja dahulu. Kesempatan bernostalgia ini dimanfaatkan oleh mereka dengan menikmati sup ekor yang terkenal di kantin yang terletak dalam pejabat pusat berkenaan. Kebetulan pada masa itu juga masa makan tengahri, jadi ramailah pegawai2 yang makan di kantin itu.

Suami isteri ini mula berbaris bagi memesan sup ekor mereka. Mereka memesan satu mangkuk sup, sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong. Semua yang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri ini berasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu makan tengahari  di kantin sahaja, itu pun hanya membeli makanan bagi seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun, yang makan hanyalah si suami, manakala si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera.

Seorang pekerja tiba2 berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka. Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difikirkannya hanya mampu membeli satu hidang sup ekor dan nasi sahaja, sedangkan dia sendiri hidup dalam keadaan yang cukup. Namun, pelawaan itu ditolak dengan lembut dengan m'gunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami kembali menyambung menikmati makanannya, sementara isterinya hanya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menajdi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula ke meja pasangan berkenaan, kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih lagi tidak makan, hanya menunggu suaminya m'habiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suami selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat lagi menahan rasa hairannya, lalu bertanya, "Makcik, saya tengok dari tadi, makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?" Dengan tersenyum, si isteri menjawab, "Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu!"




kihkihkih!

9 comments:

  1. hehe..serius lily baca cerita ni dari mula...rupa2nye tunggu gigi palsu erk..kihkih.. :D

    ReplyDelete
  2. kihkihkih!...

    (ok, komen dulu... lepas ni baru baca... haha)

    ReplyDelete
  3. kalau xsalah,baru baca citer ni kat blog sapa nth.tp baca skali lagi sebab jalan citer dia shweeet!heheh

    ReplyDelete
  4. @Lily: sama la dgn sy, mula2 baca igt mcm cerita sedih..tekun baca sbb nk tahu hal sebenar jgk tapi yg last2 tu...alamak! terkena..huhu

    @Gedek: konpom tak baca dah..hehe

    @Mr clive: sy tgh baca dan copy dr dlm buku "Setengah Berisi, setengah kosong?"....best buku ni.

    ReplyDelete
  5. suspen ja ang ni hehehe

    ReplyDelete
  6. wakaka..ni baru cinta sejati ni..gg pun kongsi..heheh

    ReplyDelete
  7. share gigi palsu..hi..hi

    ReplyDelete
  8. hmm..mmg kesian, gigi pun share.
    bab ni susah nak kata romantik..

    ReplyDelete
  9. pastinya Niza Romli dan psangan bakal mewarisi keromatikan suami isteri tu nanti...hik3..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D