8.2.12

Dua rasa




Bersemangat bangun awal pagi semata2 nak siapkan sarapan nak bawak ke opis... roti bakar sapu planta tabur gula 3 keping dengan scramble egg untuk aku dan 3 keping roti bakar, scramble egg, dan 2 bijik telur separuh masak untuk sarapan cik abam bila dia bangun tido nanti.




Selepas 4 hari cuti..puas rasanya. Dan yang penting minggu ni keja 3 hari je kemudian cuti pulak. Yahooo! dalam kepala aku hanya ada cutiii je, ada masalah tak? Aku punya suka la kan. Heeee.

Buat keja pagi ni pun dengan bersemangat jugak apatah lagi bila bos pi Taiping hari ni... Yahooo lagi! bulih? Buat keja sambil makan roti bakar paling sedap...#perasan.

Tiba2 dapat sms dari seorang kenalan....  "Kak Siti Rajaha dah meninggal semalam...kanser payudara"

Tersentap! "Innalillahiwainnailaihirojiun" Tak terkunyah roti dalam mulut... antara percaya dengan tidak. Lama pikir... tiba2 air mata bergenang. Terkenang saat2 bersama dengan arwah masa duduk sebilik waktu bujang dulu. Selayaknya dia sebagai kakak aku sebab jarak umur yang jauh beza. Aku hormati dia tapi dalam bergurau mungkin ada yang aku tak sedar, samada dia terasa atau tidak.

Last aku berjumpa dengan arwah tahun 2006, dan tak jumpa lagi sampai sekarang. Satu persatu tingkah laku aku terhadap dia terbayang di depan mata... ada satu perkara yang aku masih kabur. Sedih ;(

Arwah yang aku kenal, sangat peramah dengan semua orang, sentiasa senyum dalam apa jua keadaan biarpun ada yang mempersendakan arwah dengan kekurangan serta kelemahannya tapi senyuman tetap terukir di bibir... begitulah seadanya arwah. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.



16 comments:

  1. innalillahi wainna ilaihi rojiun.semoga arwah ditempatkan dikalangn orang yang beriman

    ReplyDelete
  2. takziah buat keluarga kawan ang

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirojiun..

    ReplyDelete
  4. semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  5. alfatihah utk arwah

    sedapnya roti tu
    lama xmakan cmtu

    ReplyDelete
  6. innalillah...
    takziah untuk kawan2 dan keluarga arwah..*

    ReplyDelete
  7. innalillah..semoga rohnya dirahmati Allah.

    bila dlm situasi gini, kdg2 mcm tak percaya kwn yg kita selalu gurau tu dah takde.

    ReplyDelete
  8. al fatihah..

    terkadang bila dah lama xjumpa nie.. mmg akan teringat semua kenangan dengan arwah kan..

    ReplyDelete
  9. Inalillah...Takziah untuk keluarga arwah. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  10. Innalillahiwainnarojiun...Al-fatihah,semuga ruh nya di tempatkan bersama para solihin

    ReplyDelete
  11. innalillah..
    Al-Fatihah..& Takziah buat kelaurga arwah..

    ReplyDelete
  12. bnyk2 ingatkn arwah ye..inalillah

    ReplyDelete
  13. esok bole la iqa cuba resepi akak tu.
    doa kan utk arwah kak.
    inalillah.sedekah al-fatihah.

    ReplyDelete
  14. ala syahdunya...smoga dia dikalangan org yg beriman~~

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D