Assalamualaikum. Ada sikit pengumuman kepada penduduk setempat sekitar Pulau Pinang untuk hadir ke Karnival 1 MinDef yang akan diadakan pada:
Tarikh: 25 Feb 2012 (9pagi - 10mlm)
26 Feb 2012 (9pagi - 6ptg)
Tempat: Padang Kota Lama, Pulau Pinang
Dijemput kepada semua orang ramai untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Karnival 1 MinDef yang akan diadakan pada 25 Feb, Sabtu ini jam 1000pagi. Majlis akan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.
Persembahan menarik sepanjang karnival berlangsung adalah seperti:
- Persembahan Anjing Perang oleh Markas Tentera Darat.
- Persembahan War Dance oleh Pegawai Kadet UPNM
- Konsert oleh Badan Kesenian Tentera Darat
- Kawad Senyap oleh Markas Tentera Laut
- Drum line dan Brass Band oleh Markas Tentera Udara
- Lintas Lalu Jet Pejuang oleh Markas Tentera Udara
- Persembahan gimik semasa pelancaran 'TTS Tentera Darat'
Selain itu, ada juga pameran dari agensi kerajaan yang lain yang sama turut serta seperti Bomba, PDRM, Penjara, Kastam, APMM, LHDN, Pertahanan Awam, Kementerian Pelancongan, SPR dan lain-lain.
Pengunjung juga boleh menderma darah, pemeriksaan kesihatan seperti BMI, Tekanan Darah, Kolestrol dan juga pemeriksaan gigi secara percuma.
Orang luar selain Penang pun boleh hadir jugop.
#Mana-mana blogger yang nak datang nanti bagitahu la..boleh kita jumpa kat sana. Tapi baju aku time tu bercorak coreng2 sikit la. Tengok je kat nametag 'NIZA' tu aku lerrr...hehe..peace no war!
eh..akak tentera ke?alamak tak tahu pun..tabik spring lah...heee
ReplyDeletetentera la kot.... hehe
ReplyDeletejauh..kalau dekat nak juga pegi.. :)
ReplyDeletemak ai jauh nya hehe
ReplyDeleteaiseyman x boleh p..saya ada sho kt otoct
ReplyDeleteoloh kalo dekat leh jumpak adik aku nih tp 25 tu ustaz azhar nak mai pahang.. :)
ReplyDeletebestnya ada war dance lagi..tunjuk kat tb tak?
ReplyDeletemindef KL tkde ke? (suami keje kt mindef..)
ReplyDeleteyana.. mindef tu kat KL la..
ReplyDeletetapi diorg buat kat penang kali ni.
suami keja kat tingkat berapa?
Alahai! jauhnye?
ReplyDeletemalas nak bersesak atas jambatan tu..tambah pulak dalam keadaan macam ni..:p
ReplyDeletekak niza..suami bukan askar, dia staf awam kat bahagian logistik. tak tau tingkat berapa. hihi. dulu kem batu, 5 thn kat sana. thn lps baru tukar ke HQ
ReplyDeleteNak jumpa juga tapi tak sempat beli tiket flight dah pi sana hehehe :D
ReplyDeletewar dance tu mcm menarik je..
ReplyDeletekite dok KL ni nak p cmner.
ReplyDeletewah macam menarik je ni
ReplyDeletemenarik..mmg sentap la..xdpt nak g..duk kL...HUHU
ReplyDelete