26.2.12

Ketaq2 nak makan: Resepi Nasi Ayam Roasted ku!


Jam 7 setengah pagi tadi aku ambik Bihun Soto sebagai sarapan pagi. Aku kan peminat sup! Tu pun soto yang kemarin punya, aku masak masa kat kampung. Bawak balik sikit untuk cik abam tapi dia tak makan pun, jadinya habuan aku la untuk sarapan pagi. Cuma panaskan kuah dan tuang terus bihun ke dalam periuk dan potong cabai sekali. Sedapppp. 

Tapi aku bukan nak bagi resepi soto tapi resepi nasi ayam. Sebab tetiba ja rasa nak makan nasi ayam yang mai secara mendadak...ketaq2 dah nak makan. Lagipun, hari ni aku cuma makan soto tu je, tengahari tak makan apa pun. Maunya tak lapaq ketaq2. Memandangkan semua bahan cukup jadi aku masak sendiri jelah, lagipun sat je nak masak nasi ayam ni. Ini nasi ayam cara aku tau. Oke, jom mulakan.



Bahan untuk perap ayam (roasted)
Ayam 4,5 ketul
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
lada sulah
serbuk lada hitam
sedikit garam
- gaul semua ni dan perap sekejap. Lepas tu bakar ayam dalam microwave. Tapi aku bakar atas api je guna pemanggang. Bakar guna pemanggang ni kejap je masak ayam tu, 15 minit lebih kurang. (Nanti aku tunjuk dalam next entry)

Untuk Sup:
Didihkan air kemudian masukkan 3, 4 ketul ayam. Kemudian campak pulak sup bunjut dan bawang besar/merah yang dihiris nipis. Masukkan garam secukupnya. 

Untuk Nasi:
- Basuh beras seperti biasa dan masukkan kuah sup yang baru siap masak. 
- Masukkan sup bunjut. Masukkan sikit pewarna kuning. (kalau nak nasi kuning)
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris nipis. Kemudian, tuang separuh ke dalam periuk nasi dan selebihnya ke dalam periuk sup.
- Masak nasi dalam rice cooker seperti biasa.

Oke, siap! Hiaslah dengan daun salad, timun dan tomato. Tu je nasi ayam cara aku. Aku tak sediakan sos cili sebab aku lebih suka letak kuah ayam roasted tu dengan sup je. Pedas pun rasa sebab aku tabur serbuk lada hitam atas ayam tu banyak2. Suami aku pulak lebih suka makan dengan cili potong yang dicampur dengan sos ikan. 

Selamat mencuba :)

22 comments:

  1. wah menarik,
    suami makin terpikat ni kak ^^

    ReplyDelete
  2. wahhh sedap je nampaknyaaa..

    nanti eka kena belajar masak nasik ayam..bakal suami suka makan berkuah2 camni..hehehe

    ReplyDelete
  3. Untung suami Niza haha..terliuq pulak tgok pic tu :P

    ReplyDelete
  4. Untung suami Niza haha..terliuq pulak tgok pic tu :P

    ReplyDelete
  5. nyumy sampe jilat ibu jari kaki tak? heee

    ReplyDelete
  6. lapaq tetiba daa.....
    apasal sedap je nampak ni.huuu

    ReplyDelete
  7. semue komen sedap2 je ni.haha..saye tak nk puji.akak kne bg saye rase dlu baru leh puji..haha..nnti nk try la buat..(entah bile la nk try tu kn..)

    ReplyDelete
  8. ohsem ohsem..terbaik la sis!

    ReplyDelete
  9. terima kasih daun keladi!
    ikhlas! :D

    ReplyDelete
  10. sedapnye nasi ayam tu..terus terasa lapar pagi2 ni...tak sarapan lagi..^^

    ReplyDelete
  11. uuuuu~ pepagi dah terliur nengok..

    :-p

    ReplyDelete
  12. sedapnya..lma x mkan nasi ayam..huk3..

    ReplyDelete
  13. simple resepinya..campok2 jer nih kan..yana tak pernah cuba lagi buat nasi ayam..tak berani..takut tak jadi..wakaka..nak copy ar resepi nasi ayam utagha nih..;)

    ReplyDelete
  14. mak aiihh.. sdap nye nmpak gmbr tuuu. nak buat tapi xde bahan. haha

    ReplyDelete
  15. waa. sedapnyer, boleh la singgah rumah akak nt boleh makan nasi ayam yg sedap nih..

    ReplyDelete
  16. a'ah la..simple je.
    tapi kalau tak rajin, mmg susah!

    niza mmg rajin!

    ReplyDelete
  17. RAJIN NYA MEMASAK..BOLEH LA BUKA KEDAI..:P

    ReplyDelete
  18. wahh ketaq2 rasa nak terkam skrin ni..keh3..pandai hang masak niza mmg nampak mabeles tu :)

    ReplyDelete
  19. kak, tolong poskan ke rumah. dah la tengah lapar ni. hihi. orang tak reti masak macam saya ni hanya mampu baca resipi je. :P

    ReplyDelete
  20. kan best kalo bagi sepinggan nasi ayam yg tinggal makan je..

    tak yah laa susah2 bagi resepi..

    kuikui...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D