16.2.12

Penah makan 'Mee Cawan' tak??



Haih, asyik cerita pasal 'makan' je. Tapi takpa, kali ni lain sikit. Lain sebab ianya free. Kalau free tu maksudnya murah rezeki kan? Alhamdulillah. 

Pagi tadi aku dapat Mee Cawan. Bukan mee segera yang dalam cawan tu tapi mee goreng yang dicawankan. Faham tak? Biasanya kan..aku dengar kek cawan je dan tak sangka pulak mee cawan pun ada!

Tapi kan... aku pelik sikit dengan makanan ni. Kreatif betoi orang2 sekarang dari segi pembuatan makanan ni. Tapi....aih, banyak pulak tapinya ni. Tapi nampak macam terdesak tu sangat kuat. Mungkin terdesak sebab takda bekas kot. Tapi takpalah, aku suka sebab mee nya sedap sangat hingga menjilat cawan.

Nak tengok??








Cemana? boleh kot kalau nak buat bisnes kat tepi pagar sekolah!! kan? Haha. Itu kawan aku punya kerja, Anna. Kat sel dia ada meeting tadi....lebih2 mee tu dia bagi kat aku sikit. Gamaknya takda bekas nak bubuh...makanya cawan pun bollehh! Otometik jadi Mee Cawan. 

Apapun mekashih laa...kenyam sudahhhh! poket pun diam2 sudah kat dalam yaa...jimatt! Haha..siot.

21 comments:

  1. mang leh wat binessss ni... idea dah cantik~hehe

    ReplyDelete
  2. eh, bagus idea tu..sape2 nak niaga utk bdk2 bolehlah kan. isi sikit, harga pun kurang.

    ReplyDelete
  3. ni mau makan 2, 3 cawan baru kenyang hehe

    ReplyDelete
  4. ni kiranya makan main 'gogok' je la...?

    ReplyDelete
  5. mmmm...mcm yummylicious aje ni...heee~

    ReplyDelete
  6. hehehe..janji ada bekas nak diisi..ngeee

    ReplyDelete
  7. aiskrim cawan penah jugak lah..mee cawan unik..pasni try nasik lemak cawan plak niza..

    kue tiow cawan satu!!! hamboih :P

    ReplyDelete
  8. gua ingat tadi meggy cawan

    ReplyDelete
  9. ini mee yg dimakan kerana takde pinggan kan?selalu terjadi time kenduri2 atau majlis makan2..pinggan dah abis, so cawan pon boley :)

    ReplyDelete
  10. bole la minum mee lepas ni..

    ReplyDelete
  11. hahaha...iye aku ingat memang ada mee cawan macam tuh!!..

    ReplyDelete
  12. hehe..elok la tu kak..jgn sedut guna straw sudah :)

    ReplyDelete
  13. YANG PENTING HALAL..HEHEHE

    ReplyDelete
  14. Hahahahah! Igtkan pe la tdk. Upenya....xpe, yg penting konyang! Hahahah!

    ReplyDelete
  15. kalau nak jual berapa sen eh?..

    ReplyDelete
  16. hari ni saya makan mi sebesen,...bleh panggil mee besen la kot..hehe

    ReplyDelete
  17. tak boleh blah la gambar ni..hahahaha kelakor2..tapi mmg slalu berlaku juga kalau2 lepas habis meeting..

    nak tapau plastik tak de,mcm ni la jadi..huuu,,,nice entry..mengingatkan sy waktu 2 tahun lepas..huuu..


    apa2 pun salam perkenalan..nice blog..do follow my blog ye~ =)

    ReplyDelete
  18. pewit...dulu kt skola rendah mkn mcm ni la kak.hahaha.
    kat kolej lak isi mee dlm plastik
    hahahha :p

    ReplyDelete
  19. hohohohoho! nmpak sedap~

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D