29.2.12

Stress!


Belum pernah lagi aku rasa sepenat, se'pening dan stresss sampai tahap ni. Cuba mengimbas kembali...dulu, sesibuk mana pun masih ada ruang untuk rehat, makan, minum dan toilet. Tapi sekarang, dah tak ada ruang tu. Kalau keadaan terdesak, kaki terpaksa di lajukan langkahnya. Aku sendiri pun pelik. Sampaikan ada masanya, kepala aku tetiba je rasa seakan berpusing tapi sekejap saja. Dan aku perasan seminggu dua ni, uniform yang aku pakai agak longgar..dulu ketat sikit. Lemak di lengan dah tak nampak. Itu berita baik yang sangat mengejutkan!!

Perasaan pun dah berubah sekarang, kalau dulu senang nak bangun awal pagi dan keluar pegi keja. Tapi sekarang tiap kali nak bangun, termenung dulu... kelip pok kelip pok mata, beratnya rasa nak bangun. Malas. Rasa tak seronok nak pegi kerja. Sungguh. Rasa susah hati. Meluat, benci semua bersarang dalam hati. Meluat dan benci yang dicipta sendiri oleh pihak takbolehnaksebut! Ahh..malas nak membebel panjang. Keadaan takkan berubah pun. 

alolo..sian, basah kuyup dia. Dah la air sejuk kemain.
Untuk redakan semua rasa yang bersarang tu, aku pi main air kat sinki pantry bila ada masa terluang sikit tadi (tupun sbb ada meeting) tetiba teringat menatam comey ni yang dah kusam, masam dan berdaki yang digantung pada kunci pintu opis. Hilang stress aku seketika bila mandikan dia... seronok! Sabunkan dia dengan cecair tesco hand wash! Itu lebih bagus dari guna sunlight kan?? 

Harap2 lepas ni dia lebih sihat dan ceria. Sebelum ni masam tak bermaya je macam aku. Ehh, dah macam orang gila plak aku nih!!


#Anggap si comey ni sebagai terapi stress.

14 comments:

  1. update blog ni pun satu terapi atasi stress kan niza. Semoga smgt bekerja niza kembali spt dulu dan berkuranglah stress tu hendaknya.

    ReplyDelete
  2. hehee..stress, bear tu pulak yg kena ya.

    ni dah luah kat blog, hopefully dah okey la perasaan niza tu. ^_^

    ReplyDelete
  3. Sabar Niza, Sabarrrrrrr....:P

    ReplyDelete
  4. sabar la kak..pi cili skit org2 yg buat skit hati tu..huhu..molek gok ada haiwan tu boleh basuh2 sampai lega..hehe

    ReplyDelete
  5. nandung kot ni?..sbb tu stress...

    ReplyDelete
  6. goyang kaki kat umah pun stress wei ;-)

    ReplyDelete
  7. kesian Niza...moga kurang lah stress nanti..Insya Allah..take care :)

    ReplyDelete
  8. hehe cuba memahamkan cerita ini :)

    ReplyDelete
  9. siannyer cik teddy cumil tu~hehe

    ReplyDelete
  10. cian bear basah kuyup...wuwuw... :(

    ReplyDelete
  11. kekekek..hilangkan stress cuci bear yek..
    Biasalah bila kerja ..ada masa stress ada masa rilex

    ReplyDelete
  12. tb2 rs streesssss...
    ahhh..

    streess sgt nk komen.. ;p

    ReplyDelete
  13. penat sgt lah tu gamaknye..hehe

    ReplyDelete
  14. moody iyer puan niza..hihi3..saBo2 iyer...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D