24.2.12

Suatu Masa Dulu



Mood rajin aku ni kadang-kadang tak boleh nak ramal sangat kedatangan dia tu. Biasanya, kalau dah penat-penat balik keja... keja aku yang seterusnya adalah kuak lentang mengadap tv. Nak dijadikan cerita, balik je dari kerja semalam tetiba rasa nak kemas barang2 dalam almari yang menempatkan segala buku-buku lama, album lama dan dokumen2 penting.

Siap dengan bakul sampah kat sebelah, apa yang tak penting aku konyok2 masuk bakul. Kemudian ternampak album lama.. album masa zaman gadis sunti dulu, gambar masa sekolah. Wahhh, terbeliak bijik mata bila tengok balik gambar2 tu... sungguh ayu dan hitam!! Haha... kecik2 dulu kulit aku gelap gelemat weh.

Dan sampai la kat satu album ni, masa tu baru abih form6 dan aku terus pi keja kat Tadika Baitul Mukmin, Wangsa Melawati tahun 2000/2001 camtu lah. Kenangan manis sangat sebab 'aku' yang dulu dah tak sama dengan 'aku' sekarang....hehe. Susah la nak cakap.... layan jelah gambar yang ditangkap atas gambar jugak ni. Maaf atas kualiti gambar yang tak berapa memuaskan tu. 




Ini antara gambar yanga ada. Masa ni ada sukan kat Tadika Baitul Mukmin cawangan Subang. Antara anak-anak yang masih segar dalam ingatan aku Shamsul. Budak ni manja sangat dengan aku. Dia suka duduk atas riba aku kemudian usap2 pipi aku, kadang2 dia geram gamaknya dia tamparnyaa pipi aku! Tapi tak kuat la...slow je..Hehe.

Ada satu petang, ibu dia datang tadika dan tanya yang mana satu aku. Sebab shamsul selalu balik rumah je akan cerita kat ibu dia pasal cikgu niza...cikgu niza baik buu, ajuk ibu si shamsul ni masa cerita balik kat aku. Sekarang si Shamsul ni dah tingkatan 2/3 lebih kurang. Teringin rasa nak jumpa dia.. rindu ;( Kat manalah dia sekarang ni...

Masa aku keja kat Mindef last tahun 2009, aku tengok tadika ni dah takda. Dah jadi rumah orang dah. Mungkin pindah ke tempat lain kot. Tak tahulah sebab dah tak contact lagi dengan diorang kat tadika tu.

Kenangan sangat!

17 comments:

  1. hahaa..niza yg tudung labuh tu ya? nampak suci je tau.

    akak pun penah tudung labuh..time kat sekolah je lah. lps tu tukar tdg 3segi.

    ReplyDelete
  2. ciku tadika la ni dulu..

    ReplyDelete
  3. wah,,pena jadi cikgu tadika eh?

    ReplyDelete
  4. Hah? Yg mane? Tudung labuh tu ke?

    ReplyDelete
  5. bagus bertudung labuh..cun hang ni, tinggi lampai..sebut shamsul terimagine muka anak yusof haslam..nape tah :P

    ReplyDelete
  6. kang dia tampar lagi, macam mana?

    ReplyDelete
  7. tak sama macam dulu?mcm maner tu...hehe...xpe...tu la kita membesar dengan peredaran masa... :)

    ReplyDelete
  8. nak jd ckgu jugak....huhuk

    ReplyDelete
  9. ooo pernah jadi cikgu tadika ye dik
    akak punnn ekkee
    lama dahhh .. seronok sebenarnyeee ;)

    ReplyDelete
  10. kak, dulu skolah mana? mcm familiar ja muka...maktab mahmud eh???

    ReplyDelete
  11. owh..pernah jadi cikgu ye..Bestnye layan budak2..^^

    ReplyDelete
  12. untung la akak tak marah budak tampar pipi..kalau saye dah selamat dah budak tu dikerjakan..haha

    ReplyDelete
  13. wahh. tudung labuhh. mcm ustazah.

    ReplyDelete
  14. si shamsul sekarang dah jadi pengarah filem., dengar cerita filem terbaru dia kl gangster 2., hahahaha.. :))

    ReplyDelete
  15. pipi bulat sangat kot..tu yang budak tu geram sampai bagi penampar tu..ehhehe

    ReplyDelete
  16. muda remaja dah ada sikap sayang kanak2 yek...
    datang dari bloglist
    http://hanifidrus.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. tengok gambar k.niza teringat gak kisah yana..hehe..
    perpun gambar akak pakai tudng labuh tu sangat2 sweet lorh..mcm k.ujie cakap suci bersih jer..heee..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D