4.2.12

Tanda2 nak angkat bendera merah!




Hati masih takdak syok. Tapi bukan pasal kes semalam. Yang tu dah surut, panas pun dah hilang sekejap. Panas tu akan bersambung minggu depan pulak sebab perangai buruk dia takkan hilang dengan begitu mudah.. dah sebati dengan hati dia. Ahhh... buat sakit lidah je cakap pasal tu. Aku sakit leher ni. Nak blogging pun payah.

Tengahari tadi aku tak masak sebab rasa macam kenyang je lagi makan roti canai pagi tadi. Dah petang2 gini baru la rasa lapar. Rasa nak makan benda masam2. Tapi jangan salah sangka... aku tak mengandung la.

Biasanya kalau waktu2 (period)  nak sampai, aku memang rasa nak makan benda2 masam. Gayanya macam orang mengandung kan? Tapi tak. Taktaulah kalau korang ada yang sama dengan aku... Selepas kawen je macam ni. Mula2 dulu cik abam ingat aku mengandung tapi lama2 dah biasa la dengan keadaan ni.

Aku akan makan benda2 yang masam tu banyak2... macam buah limau kasturi, asam boi 'sweet cured plum', air asam jawa, Tapi yang selalu ada pun asam boi jelah. Yang aku tahu asam boi tu tak elok kan makan bagi yang susah hamil. Betul tak? Tapi nak buat cemana... tiap kali nak period. Rasa macam mengidam je nak makan masam2. Terliur kemain lagi, kalau tak dapat tu rasa macam menjejeh2 air liur ni. Haih, pelik!

Tak lama lagi sampai la waktu2 dia ni...sebab sekarang pun dah mula rasa. Untuk petang ni aku masak spagetti. Sos prego tu aku campur dengan setengah tin tomato puree, sebijik tomato cincang, 2 camca sos tomato lagi dan sos cili. Bayangkan masam dia macam curah sos tomato je atas spagetti tu. 




Dua kali aku tambah. Mungkin sebab lapar jugak. Kalau mak aku tahu ni, menangis gembira dia sebab ingat aku mengandung kot. Hehe. Harap menjadi kenyataan la nanti.


11 comments:

  1. ha..habis2 period tu terus buat tau..mintak2 la jadi..ekekeke

    ReplyDelete
  2. malu baca komen k.diana...
    weeee
    amin amin amin....

    ReplyDelete
  3. uncle sentia suka benda yang masam...

    kecuali ketiak, la...

    ReplyDelete
  4. salam kenal..akakpun semacam..kalau nk time tu mesti nk makan asam..dah tu pulak..sindrom pra tu melampau2..moody manjang huhu

    ReplyDelete
  5. WOWW!!! meningkatkan rasa kelaparanku..

    ReplyDelete
  6. shoh2 bendera jepun mai..shoh2 :)

    **hat header tu lebar dia 1350 px..tinggi dia tak taw..akk blur bab2 ngukur ni..hiks :)

    ReplyDelete
  7. amboi komen diana tak de cover2 lansung...herher

    ReplyDelete
  8. doa banyak2 smoge akak cepat2 timang cahaye mate..amin.nanti saye datang hantar doa lagi..

    ReplyDelete
  9. huhuhuhu! same la! bile period rase mngidam mcm org mgndung~

    ReplyDelete
  10. sama la saya kak..kdg2 nk ehem2 tu terasa gak nak makan bnda2 masam...skali beli asam 2 ringgit, hadap habis...

    ReplyDelete
  11. wahh..sdapnya spagetti tu ^__^

    *amin,amin,harap2 jd knyataan ye kak :).. ^__^

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D