19.2.12

Termenangis Kerana Mu Kawan. Kawan??



Sekarang ni dah malas nak berfacebook. Jemu. Kalau online pun kejap2 je. Kalau takda apa2 terus sign out. Sebab takut ada kawan2 yang ajak bersembang pulak. Bukan taknak bersembang dan bukan sombong tapi entahlah..malas sangat nak menyembang sekarang ni. Takda rasa la.... Ingat tau! Bukan sombong tapi malas sangat. Tunggu bila mood tu datang, aku sendiri akan pi tegur korang. 

Tengah2 baca post kawan2...tiba2 ada dua orang kawan ajak sembang kat chatbox. Yang sorang tu sedara... dah memang betul2 malas. Tak jawab nanti katanya sombong...jawab jelah. Tu pun dia taip sepuluh patah, aku jawab sepatah je. Nampak sangat la pulak..baik takyah jawab kan! Nak log out nanti katanya kuanjaqq pulak. haihh...layan pi lah. 

Lepas yang sorang tu senyap, muncul plak sorang lagi.. tapi yang ni macam menarik pulak nak sembang. Sebab kawan lama...kawan sekolah dulu. Lepas lama bersembang sampailah kat part ni:

Dia: Tipah dapat baby baru hang tak pi tengok dia ka?
Aku: Laa...taktau pun! Tipah dok mana?

Dia: Kg Langgok.
Aku: Oh ya ka? Aku taktau pun. Anak Fali pun aku tak pi tgk lagi.

Dia: Fali dpt anak dah ka? Laki pompuan?
Aku: Dahh. Awai bulan tak silap, dia sms aritu..pompuan.

Sampai la part ni yang aku rasa tersentap sangat.

Dia: Ermm...ya ka? Hang dapat anak apa pulak? Hehehe

Laju je aku taip "Amboiiii " je kat dia. Macam nak je aku kata kat dia " Sedapnya mulut hang!! " Tapi aku tak sampai hati nak kata macam tu kat dia, takut dia TERASA HATI dengan aku. Tapi dia tak terpikir ke perasaan aku sebelum nak kata kat macam tu?? 

Aku taktau kenapa, air mata aku laju je jatuh bila baca balik ayat dia tu. Rasa sedih sangat. Silap dengan gelak lagi kat hujung ayat. Aku tahu, mungkin niat dia nak bergurau je...tapi patut ke dia bergurau macam tu dengan aku?? Aku tak boleh terima pun!

Lepas tu aku lama diam...aku tak jawab dan balas apa2 lagi dah. Sebab aku rasa terluka sangat. Kemudian, mungkin dia rasa aku marah dan terasa kat dia kot..dia terus tulis..."Sabar jelah niza, nanti2 ada la rezeki tu". Kot nak mintak maaf pun takda, dan dia ubah ke topik lain... tapi aku takda mood dah nak sembang. Terus aku offline.

Sungguh, aku tak berani nak on fb buat masa ni. Aku takut dia masih online dan aku taktau cemana nak hadapi kalau dia tiba2 mintak maaf kat aku. Sebab aku masih marah. Dan aku tak reti nak berhadapan dengan kawan dlm situasi yg macam ni. Taktaulah nak cakap apa... adakah aku yang cepat sangat terasa??

18 comments:

  1. sabar kak,sabar..insyaallah ada rezeki....rezeki Allah neyh kita tak leh agak bila kita dapat...insyaallah ada juga.

    kazen eca hampir 5tahun gak kawen baru dpt anak.taktahu apa yang dia amalkan,tpi alhamdullilah.#nnti eca tlg tanya oke?.hikhikhik

    ReplyDelete
  2. sabar...memang diakui ada sesetengah orang tidak ada sensitiviti langsung...memahami sebab mengalami perkara yg sama tapi isu yg berbeza...

    ReplyDelete
  3. sabar jelah kak...
    nnt Dia bagilah rezeki kat kak.. insyallah.

    *lain kali on tuiter je kak..wa pon tak main sgt fb nokhorom..hehe

    ReplyDelete
  4. mungkin dia x sedaq dia dah buat niza kecik hati..sabaq je..Insyaallah ada rezeki tu nanti..

    ReplyDelete
  5. dia sendiri dah ada anak ke?sedap jer bercakap kan..bukan budak2 nak bergurau macam tu..kalau tanya 'bila lagi' pun dah terasa apa lagi tanya macam tu..tak masuk akal betul 'kawan' macam tu..

    ReplyDelete
  6. sabar yea kak. dia tak sengaja tuh kot. :)

    ReplyDelete
  7. samalh...skrg pun dah kurang sikit spend masa kat fb...hehe high 5 sikittt!

    ReplyDelete
  8. sabar ye dear,biasalah mulut orang mana kita bley jaga..yang penting kita jaga mulut kita,rezeki Allah akan bagi..lambat sket agaknya,tapi bila dah dapat rasa manisnya.Insyaallah.Jangan sedih lagi...

    ReplyDelete
  9. sabaq ye kak..insyallah, ada rezeki utk kak nanti...yg x kawen mcm saya, dok tgu bila org nak pinang, dah kawen org tanya bila nak beranak plak kan...apa2, jangan putus asa kak...doa selalu k??

    **thanx wish bzday saya tadi=)

    ReplyDelete
  10. ish..kwn apa ni! nasib akak tak penah ada kwn gitu. mmg merajuk..

    niza, kalau tak silap skrg kat fb dah boleh setting dgn sape kita nak appear online tu. try check kat chat.

    ReplyDelete
  11. sabar ya akak , mungkin bukan rezeki akak lagi tuh , nanti dapat lah kan :)

    ReplyDelete
  12. Banyakkan bersabar Niza, semua itu dugaan semata-mata..tabahkan diri..kami mendoakan khabar gembira moga2 rezeki Niza tak akan lama lagi ^_^ senyum sikit k...hah, mcm tu lah..:P

    ReplyDelete
  13. ni la manusia... dia xtau yg akak ni, xdak anak nt senang2 jer masuk syurga. xda apa masalah sgt. Allah tak tanya pasal anak dah. dia tu kalau anak ramai belum tentu lagi.. buatnya jadi tak elok. nauzubillah.. sabar la akak kay..=). segala apa yg Allah tetapkan mesti ada hikmahnya..

    jom baca sekejap.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html

    ReplyDelete
  14. ish2 bende2 sensetif kalo kita tau mmg x leh gurau bahaya..ang sabaq byk2 no..

    ReplyDelete
  15. hmm.. macam ni je la kak. kalo org tak boleh faham kite, kite faham org. so.. kite akan jadi kurang beremosi bila berhadapan dengan orang-orang macam ni.

    ReplyDelete
  16. ***Setuju jugak pendapat Paradise Gal..

    ReplyDelete
  17. jangan nak bergurau la benda2 gini..tak suka..kan??

    ReplyDelete
  18. cepuk ja dia...agak2 la kan.. tapela ade je rezeki Allah tu...org sabar disayangi Tuhan :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D