16.3.12

Ada apa dengan Jumaat?



Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
Siapa yang membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, `Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ sebanyak tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: 
Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: 
Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajabnya. Tiada seorang yang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.



6 comments:

  1. Penghulu segala hari.

    Thanks sharing...

    ReplyDelete
  2. nice sharing niza..ingat pesan mak mintalah masa waktu org bca khutbah tu..Insya Allah :)..tq

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah.. info hari jumaat.

    ReplyDelete
  4. jumaat ade khutbah..manusia juga bleh mendapatkan ilmu melalui penyampaian tok khatib asalkn tidak tido

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D