30.3.12

Ada SMS di sebalik MISSED CALL!




Sekadar nak bekongsi cerita...Minggu lepas ada sorang kawan lama telefon, lelaki. Agak hairan jugaklah sebab dah lama 'hilang' setahun lebih kurang, tup2 tengok ada satu missed call takdan nak jawab. Tengok no dengan nama tu aku tahulah dia tapi malas nak return call, rasa kalau kawan2 yang celang celop muncul ni rasanya bukanlah ada hal penting sangat pun kan. Lepas sejam masuk pulak sms bertubi-tubi tanya khabar, tanya pasal anak, tanya pasal laki keja apa kat mana, tanya pasal kawan-kawan yang lain dan macam-macam lagi pertanyaan dia. Gayanya macam baru jumpa jalan keluar lepas sesat dalam hutan... itu contoh. Aku jawab ala kadar je, sebab tengah sebok.

Ingat dah abih la setakat hari tu, esoknya sms lagi. Kebetulan masa tu aku lapang sikit, aku pun layan la. Rasa tak kekok sangat sebab dari dulu dia memang panggil aku kakak! Aku pun tanya kehidupan dia dengan family semua. Aku tanya soalan simple je tapi dia cerita semua...pasal rumahtanga, dah bercerai apa semua. Sebagai kawan, mestilah aku terkejut bila dengar perkahwinan yang tak sampai 3,4 tahun tu dah roboh. Tapi, aku cuma boleh bagi nasihat dan kata-kata semangat jelah. Tapi aku tengok cara dia dok sms tu, macam tak sedih, tak kisah langsung pun. Baru lagi kot! awal bulan 3 baru ni je! 

Aku tak cerita pun kat suami pasal kawan tu sms. Esoknya, dia sms lagi... bila aku baca sms tu baru aku tahu kenapa tiba2 je contact aku. Tapi malangnya aku takleh nak reply sms dia sebab aku belum sempat lagi nak pi bayar bil telefon, dah kena potong. Hari tu 3x dia sms tanya soalan yang sama...aku biar jelah, nak buat cemana bukan taknak balas pun. Malamnya, terus keluar pi bayar bil dengan suami. Aku pun mulalah cerita kat suami dari AtoZ. Pastu suami aku cakap..."balas kat dia bagitahu tak boleh!' Rupanya 2, 3 hari dok sms aku tu cuma nak pinjam duit!  RM 200... banyak kot. Yang terkilannya, lepas aku reply sms panjang lebar susun ayat cantik2 takmo dia rasa kecik hati sebab aku nak bagitahu kat dia tak boleh nak bagi pinjam duit apa semua...dia cuma balas 'K' saja! Lepas tu senyap terus!!

Nampak sangat contact aku semata-mata harapkan duit je. Tak ikhlas la tanya pasal khabar dan kehidupan aku tu. Kot la nak cakap... "k, kalau tak boleh takpalah akak" pon cukup dah bagi aku. Tak dak budi bahasa langsung.

Dah dok jauh, contact pun celang celop. Bukan taknak bagi pinjam tapi bayangkanlah aku last jumpa dia pun tahun 2006 dulu je. Dah la mintak kat aku, bini orang hoi! Jumpa suami aku pun tak pernah. Kawan-kawan lelaki yang lain dah takda ke nak bagi pinjam??


#Asri, kawan kita masa belajar kat PPW dulu.

15 comments:

  1. haha kawan budiman tu kak,kena jaga baik2..hheeee

    ReplyDelete
  2. asri tu sape kak?? eh kakak plak :)..ada kaitan tak dgn kisah ni..apesal aku duk sebok ka asri nih..haihh

    elok tak payah bagi..dah 6 thn baru nak ingat kat niza..dia ingat niza pempuan ada keje leh la nak poww..akk lak angin lebih2 ni...

    ReplyDelete
  3. @Fara: kan? tak layan dah pasni

    @woofer storm: budiman tang mananya tah

    @Tihara: amboi, melatah plak kak tiha ni. hehe. Asri tu kawan sama2 belajar dgn dia tulah.

    ReplyDelete
  4. Sampai skrg ada kawan mcm ni yg pinjam duit tak bayar2 lagi..rm600 tu ! pas pinjam senyap buat2 tak ingat, nak tagih kesian pulak nak peras ugut suruh paksa bayar..suatu hari pasti akanku remind jugak..

    ReplyDelete
  5. hurm, biasa kalau tenggelam timbul tiba2 muncul mesti ada udang sebalik mee ni...nasib baik tak bg..kalau bg agknya ada harapan ke dia nk pulangkan? hurm...

    ReplyDelete
  6. dah terdesak baru nak cari ye..

    ReplyDelete
  7. manusia ada pelbagai ragam...
    nasib baik hubby tak jeles...kekekke

    ReplyDelete
  8. kawan jenis ni bahaya..pernsh terkena rm100..haram sampai skrng x bayaq. mujur rm 100 je

    ReplyDelete
  9. salam...hai cik tahara i la asri tu...hmmm pelik ni...sapa eh, hehehe aku pun x bape nk tangkap sape eh niza laki ke pompuan die tu...tapi pape pun niza sabo je lah cer bg hint sikit sape dia tu, hijau ke biru laut ke biru angin...kl hg segan nk habaq mesej le kat aku no spt di blog aku...

    http://momentexpiriafotografi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. mak ai..ni mmg elok dijauhi.
    budi bahasa tu melambangkan diri seseorang.

    ReplyDelete
  11. jawapan k adalah jawapan paling annoying kat muka bumi ni. >.<

    sabo jela.. orng macam tu xlayak pun dipanggil kawan.. =..='

    ReplyDelete
  12. holoh2..melampaunya jantan tuh...huh!

    ReplyDelete
  13. akak bagi je..bagi pelempang je kak..sedas due kt die..biadab ngat..haha

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D