29.3.12

Ada yang nak buah zuriat?




Kalau tak bagitahu nama buah ni, agak-agak kenal ke tak dengan buah ni? Ingat tadi nak buat entry teka teki dulu tapi macam tak syok plak. Ini namanya buah zuriat, datang dari Mekah sana. Seminggu lepas kan mama baru balik dari buat umrah. Aku kirim la buah ni. Khasiat buah ni antaranya adalah cara untuk mendapatkan zuriat. Tapi aku taklah terlalu mengharapkan sangat... sebab ini cuma salah satu ikhtiar saja selebihnya biar Allah yang tentukan.

Banyak mama beli, ada la 10 bijik. 4 biji aku dah bagi kat kawan-kawan yang seangkatan dengan aku (takda anak), ni ada lagi 6 bijik. Niat aku sekarang nak bagilah buah ni kat kawan-kawan blogger yang senasib ataupun nak bagi pada sedara ke..pon boleh. Percuma je. Tak kena bayar pun. Benda dah ada, banyak plak jadi eloklah kita berbagi kan.

Tergerak hati nak buat entri ni sebab setiap kali aku check keyword mesti ada perkataan 'zuriat'....doa la, cara la, petua la nak dapatkan zuriat. Simpati plak rasa. Jadi kepada sapa-sapa yang nak try minum air buah zuriat ni, bolehlah e-mel kan kat aku di kplniza@gmail.com dan bagi alamat serta no telefon. Nanti aku post je.

Kalau nak tau cara-cara nak proses air dia tu, korang google je.. macam2 cara akan keluar sebab susah bebenolah nak buka kulit dia ni, keras sangat. Tapi kalau nak ikut cara abam Ben Ashaari pun boleh jugak! :)

21 comments:

  1. huh..ingat nama tipu2 rupanya ade betul buah ni..

    ReplyDelete
  2. buah ni rasa kelat kan air dia..husband n wife kena minum..akk pun ada dapat sebijik yg MIL bawak balik dari mekah, tu pun kawan MIL yang bagi dulu, ..eloklah bagi kat kawan2 yg belum pernah ikhtiar dengan cara ni...ada lagi satu bumbu zuriat dari serbuk daun kurma, elok kirim kalo ada orang yg g mekah ..akk dah try lama dulu, pn ada org bg, tak salah nak cuba...Insya Allah, mana tau ada rezki, lambat dgn cepat semua hak Allah kan :)

    ReplyDelete
  3. go kakak..go..!

    usaha yg termampu..ye dak..?

    ReplyDelete
  4. tau buah ni, tapi blm nak try. sbb susah beno nak kerjakannya..(nak yg sng je..^__^)

    skrg akak try daun mcm bau inai, kakak akak belikan masa g haji aritu. baru guna sikit sbb pahit amat! sbb daun ni tak familiar..tak berani nak offer kat org lain.

    ReplyDelete
  5. buat zuriat?.wahhh....semoga ada rezeki kak niza nanti.

    usaha,doa,tawakal banyak-banyak ye kak :)

    ReplyDelete
  6. uih, ad buah macam tu ke? xtau lak.

    hm, btul tu. ni skadar ikhtiar je. rezki tu dtg dari dia.

    smuga brjaya dpt baby.

    ReplyDelete
  7. "Ya Allah ya Tuhanku. kurniakanlah zuriat kpd saudaraku ini"

    ReplyDelete
  8. nama dia unik.mungkin ada benar nya :) xpe.sbg manusia kne ikhtiar selagi boleh kak.kot2 kembar terus pasni?
    haaaa....try try.

    semoga termakbul ye kak niza :)

    ReplyDelete
  9. semoga apa yang anda ikhtiar kan beroleh hasil..aku doa kan ang berjaya...ada anak aku kawan nanti ;-)

    ReplyDelete
  10. Insya-Allah! Berkat doa sekali. Semoga apa yg dihajati akan tercapai!

    ReplyDelete
  11. Bagusnya Blogger Fakur tolong doakan..
    Ya Allah Ya Tuhanku..kurniakanlah zuriat kepadaku, kepada Niza, kepada Ujie di dunia ini, juga kepada insan2 yang senasib kerana Engkau Maha Pemurah dan Engkau Maha Pembentuk..aminnn

    ReplyDelete
  12. janji ikhtiar kan...berdoa...insyallah mano tau rezeki kan...

    ReplyDelete
  13. nak nak! eh lupa tak kawen lagi. hehe

    moga usaha akak berhasil, banyakkan berdoa jugak taw kak
    saya pun doakan agar akak cepat dpt baby :)

    ReplyDelete
  14. baru tahu nama buah itu apa & khasiat buah itu :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih @Fakur dan terima kasih semua yang mendoakan. :)

    ReplyDelete
  16. Salam, ada lagi ke buah ni? Saya masih berusaha untuk mendapat zuriat dan ingin mencuba buah ni kalau berhasil

    ReplyDelete
  17. salam..tumpang iklan..
    kami ada jual buah zuriat, murah saja..
    hanya rm40=10biji..knape murah?krn kami poskan terus dr madinah..boleh lawati fb kami, Faraway Shoppe utk lebih byk pilihan.. =)
    salam..

    ReplyDelete
  18. dimana nk dapatkan buah zuriat ni

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D