13.3.12

Aku bercerita...



Sekarang ni mata aku hampir kelayuan, rasa lemah dan yang pasti rasa nak tidur tu yang amat ketara sekali sekarang ni. Tapi, apakan daya... hanya boleh membayangkan betapa empuknya tilam dan bantal kat rumah nun. Ish, kalau la waktu2 sekarang ni ada kat rumah...perghh..best gila layan mata.

Ini susulan daripada kes pi fitting uniform kat Batu Feringghi. Dah la aku ende'geng ja paling lewat pi. Orang tetapkan masa pukul 8 dah ada kat sana tapi kami pukul 11 baru bergerak pi sana. Jauh la jugak kalau dari Bayan Lepas nak ke Batu Feringghi tu... mau sejam jugak sebab struktur jalan yang sempit dan banyak kereta. Apa nak buat, kena setel hal kat opis dulu. Orang lain berderet-deret balik, kami baru terhegeh-hegeh nak pi.

Biasalah, sepanjang aku berkhidmat yang datang untuk ambik ukuran baju tu semuanya lelaki. Perempuan tak pernah ada. Seronok lah eh diorang, 2, 3 kali asyik ukur tang dada je. Kebetulan plak, 2 orang kawan tumpangkan badan aku untuk ukuran badan diorang. Paham tak? maksudnya 2 orang kawan tu tak datang sebab bersalin. Jadinya, badan aku ni...ehhhhh, nak cakap pun susah la, tak reti nak terangkan. Pendek kata, satu badan ukur untuk 3 orang lah. Haa, kan senang? Huhu

Laksa dia sedap tapi kurang sangat garam tu. 

Dah siap semua, dalam perjalanan balik tu singgah dulu makan laksa kat gerai tepi jalan dekat dengan Miami Beach. Tapi aku macam tak kenyang je makan laksa. Sampai kat jalan Masjid Negeri tu singgah plak kat mc D, drive thru jelah. Sambil2 drive sambil makan... bajet teror bawak keta gitu. Lagipun aku masa tu tengah lapar pelik. Tak kenyang makan laksa sumbat plak macam2 dalam perut. Lagipun pagi tak sempat nak sarapan, alih2 terus sumbat laksa. Tapi Alhamdulillah, selamat jugak sampai balik ke opis.

Secara tak sengaja, aku nak tangkap gambar laut tapi si ida ni
jenis kalau bercakap tangan tak reti nak dok diam. Hasilnya, tertangkap!
Tapi aku suka la gambar ni.

Tak lama lepas tu, badan dah tak bermaya..penat gila campur dengan mengantuk gila plak. Apa jadi? biol la aku. Orang datang opis pun aku malas nak layan, lemau, nak bercakap dengan orang pun malas. Nak tidur tak boleh jadi layan jelah blog ni.

Hrmm..itu jelah cerita aku untuk hari ni. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
#Kihkihkih. Maaflah buang banyak masa korang. :D

13 comments:

  1. produk rassa tu air botol yerk?...
    nampak mengancam laksa tuh!!..

    ReplyDelete
  2. akk pun tertarik dengan rassa..sedapnye yg wane kunin..eh org sebok cite hal laksa..akk sebok hal air tu..laksa tu pun nmpak pekat kuah dia :)

    ReplyDelete
  3. @lieyna: ha'a air botol..org paggl air menet ke apa.

    @Tihara: sy tak minum air tu kak.. tapikecik2 dulu kemain suka.

    ReplyDelete
  4. Hahaaa..dah mcm baca diari pulak. ^__^

    Tak boleh mintak tkg ukur prmpn ke? Segan jugak tu.

    ReplyDelete
  5. ayat last tu xleh blah..maaf diterima..haha..

    ReplyDelete
  6. laksa tu nampak sedap je...adus terliur laaa

    ReplyDelete
  7. haha igt sengaja tangkap gambr tgn tu..tapi cantek la sis..haha

    ReplyDelete
  8. rassa??? ape tu yer.. sy tak tahu...

    laksa tu menarik tertarik.... tp kurang garam erkkk, langsung ptong selera nak makan...

    ReplyDelete
  9. Laksa lagi haha..br pas sarapan laksa tadi :P

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Tak tesilap taip ke? Hehe.

    ReplyDelete
  11. kalo g penang memang 24 jam lapar je..sebab makanan sedap sangat

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D