23.3.12

Apa ku rasa



Dah lama rasanya bersabar, hampir 3 tahun. Apa yang dijanjikan seperti mula-mula dulu sampai sekarang masih belum ditunaikan, takda perbincangan mahupun sebab ataupun alasan yang diberikan. Bila aku bercakap dan meluahkan apa yang aku tak puas hati, hanya seperti mencurah air ke daun keladi.  Buat aku seolah-olah takdak perasaan, takda keinginan dan takda kebebasan untuk memilih. Sampai bila aku nak bertahan macam ni je? sampai bila? Dengan keadaan sekarang yang semakin huru hara, sangat membebankan jiwa. Stress!!!!

Dulu aku seorang yang turut perintah. Tapi sekarang, semua dah berubah bila dah sampai ke tahap yang aku rasa 'sabar dengan tak sabar sama je, tetap tak berubah'. Bila dah camtu, hati sakit jiwa sakit, otak pun sakit!! Aku mula memberontak. Tunjuk sikap keras kepala, sengaja buat kepala batu, bebal, tak terima teguran juga tak menurut perintah.. kalau turut pun, sengaja melambat-lambatkan.. sebab hati dah cukup-cukup sakit.

Aku tahu semua yang aku buat tu tak bagus untuk prestasi diri sendiri tapi apa lagi yang boleh aku buat untuk tarik perhatian? dah 3 tahun aku tunggu, aku sabar. Rakan lain dah hampir ke puncak, tapi aku masih mendaki.

Sehinggalah aku terpikir, mungkin dengan 'buat perangai' diorang akan mula bagi perhatian. Itu je yang aku harapkan.

Published with Blogger-droid v2.0.2

11 comments:

  1. sabar ye niza..at least u still ada kerja..some peeps like me.struggle 7 years kat U pun..belum ada rezeki lagi.at the end jadi housewife.insyaAllah nanti tiba juga rezeki niza..

    ReplyDelete
  2. mmg realiti di mana2..pasti ada yg mudah mendaki tangga, dan ada yg teraniaya.

    suami akak pun alami nasib yg sama, kdg2 dia balik muka down je..tension! tapi akak ingatkan dia at least masih ada kerja yg baik utk teruskan hidup dgn selesa.

    ReplyDelete
  3. macam akak dulu...sekarang dah jadi housewife all the time..keje, mmg kena byk bersabar..hmmm

    ReplyDelete
  4. sabo... jgn le gini. kang tak keje kang susah jugak.

    ReplyDelete
  5. org sabar disayangi tuhan :)

    ReplyDelete
  6. ok,sekarang Niza berdiri,tangan ke atas,tarik nafas panjang2 dan hembus...hehe

    ReplyDelete
  7. depa ni kena gempaq skit baru takot

    ReplyDelete
  8. dapat tak perhatian yg diharapkan tu??

    ReplyDelete
  9. kenapa ni kak..
    sabar sabar juga,tp tiap kesabaran ada terhad.kalau rs perlu luah,luah.
    rs bole slow talk,bincang.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D