14.3.12

Dah besar cucu aku



kecik2 dah mintak pakai tudung. tapi cara pemakaian tu tak kena la... 

Dengan mak dia, Faizah

Suka tau dia buat lidah camtu bila dia malu2..

Lama dulu aku pernah post pasal 'cucu' aku ni. Masa tu dia baru berusia 5,6 bulan lebih kurang kot. (lupa) Dan ni gambar terbaru dia... dah besar dah. Nama dia Faqihah. Dia cucu pertama aku... bunyi macam serius je kan.. 'Cucu menakan' je, itu kalau orang kedah sebut la. Masa Faqihah ni lahir, aku kemain seronok lagi dengan kehadiran dia.. yelah, sebab dia akan panggil aku dengan panggilan 'tok ngah'. Sesuatu yang baru bagi aku.  

Tadi dok belek2 folder gambar, ternampak gambar Faqihah ni...tetiba je terus rindu kat dia. Lama dah mak dia tak bawak balik kampung. Depa dok kat Melaka. Mak Faqihah ni sebaya dengan aku dan kerja pun sama macam aku. Dari kecik sampai bersekolah kemana-mana kami berdua je...kamceng! Sampai la masing2 dah bekerja baru berpisah.

Cadangnya, nak bagi Faqihah ni ada 'kawan' macam mana aku dengan mak dia berkawan rapat dulu. Tapi apakan daya... kita hanya merancang, tuhan yang menentukan, kan? sabar jelah :)


8 comments:

  1. alololorhhh tomel tomel nyerr...hehe

    ReplyDelete
  2. ingtkn niza dh bercucu..hehehe...

    p/s :lama xdtg jenguk sini..

    ReplyDelete
  3. bila ada cucu sedara...di panggil 'tok' rasa tua pulak hehe...akak dah ada 7 org cucu sedara...depa panggil tok su...

    ReplyDelete
  4. akak pun dah ada cucu sedara jugak belah hubby..diorang panggil akak wan beh..gelaran belah kuala lipis..cucu kami ada 18 owang.. :D

    ReplyDelete
  5. Comel sangat!
    semoga membesar jadi anak yang solehah ^^

    ReplyDelete
  6. aloor tomeinya
    x per .. janji dia nak pakai tudung dan tahu yg dia pakai tuu tudung :)

    ReplyDelete
  7. Peh! Menakan2 pun, still cucu okeh! Cool!

    =D

    Comel sgt bile bertudung mcm tu! Hahahah!

    ReplyDelete
  8. bdk kecik kalau bertudung mmg nampak comel je kan..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D