18.3.12

Denyutan



Dah beberapa hari tekak ni macam teringin je nak makan nasi minyak kat rumah orang kawen. Aku selalu camtu. Selalu rasa teringin sangat nak makan nasi minyak rumah orang kawen. Yelah, lauk2 kat rumah orang kawen tu tak sama macam makan kat kedai-kedai walaupun cara masak dia sama. Takkan sama lah. Caya tak? Mungkin sebab suasana jugak kan, makan ramai2. 

Alhamdulillah. Hari ni tercapai jugak hasrat tekak aku ni. Mak call semalam bagitau ada kenduri kat rumah tokwan sedara... tak jauh dari rumah aku duduk ni. Jadinya, aku cuma tunggu mak datang dari kampung jelah. Lepas tu, pi sama-sama. Tapi sebelum nak pi rumah kenduri tengahari tadi, aku dah dapat rasa sesuatu yang kurang enak... rasa panas kat kepalasebab seronok sangat mak nak datang, aku abaikan jelah rasa tu. 

Lepas habis makan dan jumpa sedara mara kat rumah kenduri tu aku terus cakap kat mak nak balik rumah terus sebab rasa dah tak boleh nak tahan dah... makin berdenyut! Berpisah dengan mak kat situ.. sedih lah jugaknya!

Dan....

Separuh dari hari ni aku habiskan masa dengan tidur je sampai maghrib, langsung tak sedar! Bukan mengantuk mana sangat pun tapi terpaksa tidur sebab kepala ni dah sakit tahap 4 kot. Bila dah sakit kepala macam tu, ubat paling mujarab tidur je. Tapi sebelum tidur, aku kena lumur dulu minyak angin kat dahi, belakang tengkuk dan belakang telinga...dah berangin gitu baru boleh tidur sebab denyutan kat kepala tu tak terasa sangat. Rasanya dah lama sangat aku tak telan panadol dan apa2 jenis ubat sakit kepala pun sebab kepala ni macam tak makan saman je dengan ubat. Sebab apa? mungkin  sebab ni jugak kot...!



#entri semalam#

4 comments:

  1. hahaha...kemaruk nk mkn nasi minyak org kawen pn ad gak eh....kalo kemaruk time beranak camne..haaaa...penat cik abg kna cr tmpt org kawin...hahaha

    ReplyDelete
  2. rasa teringin dah dipenuhi tapi kena hadap sakit kepala pulak ye...
    bertabah!

    :)

    ReplyDelete
  3. kalau sakit kpala,tido je..

    ReplyDelete
  4. akak ade magrain ke? bahaya gak tu..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D