21.3.12

Drama gelabah bewak pagi tadi



Tadi masa balik kerja, aku memandu dalam keadaan 'mata kecik' dan hampir tersengguk. Sangat bahaya. Memang dah tak tahan sangat mengantuk tadi. Tapi Alhamdulillah, takda apa-apa..selamat sampai ke rumah.

Semuanya gara-gara tido lambat dan bangun pulak awal sangat pagi tadi. Tido pukul 1 pagi, kemudian bangun 4 setengah pagi. Maunya tak tersengguk kat stereng kan. Mujur bos balik awal hari ni, sempat la aku mengelak dari jem kat jambatan penang tu....4.45pm tayar dah golek dah. Haha. Mekasih bos sebab balik awal...amalkan hari-hari ye bos! Kahkahkah.

Kemarin aku cuti dan semalam kami laki bini tido kat rumah MIL kat Sg Petani. Lepas tu awal2 pagi tadi pukul 4.30 dah bangun sebab nak balik ke Kulim, lagipun aku dengan cik abam keja hari ni. Sepanjang perjalanan balik pagi tadi, aku tak tido sebab nak temankan cik abam aku tu takut dia mengantuk. Pagi-pagi buta pun rancak dok bersembang laki bini dalam kereta, siap gurau-gurau lagi. Nak hilangkan mengantuk..kononnya lah. Padahal, mata ni...dok pulun je pun jegil luas-luas.

Sampai depan pintu pagar dekat2 pukul 6 dah. Macam biasa, aku keluar dulu nak buka gate. Tiba-tiba....eh, mana kunci??? Menggagau aku dalam beg.. takdak!! semua celah-celah dalam keta pun cari tapi takdak jugak!! Kemudian.....

Laki: " Mana beg hitam yg??" 
Bini: "Entah..mana tau yyg letak kat mana..." 
Laki: " Kunci rumah ada dalam beg hitam tu tau dak syg.." 
Bini: Haa??? adoi..punggahhhhh!! 
Selepas mengesyaki sesuatu...dan sesuatu yang disyaki itu memang tepat sangat! Beg tu tertinggal kat umah MIL di Merbokk nun! Dahlah sejam nak sampai rumah, sejam pulak nak patah balik pi merbok, kendian sejam nak patah balik mai Kulim. Pukoi berapa nak masuk keja nih woi???

Gelabah kami laki bini. Nak saling menyalahkan pun dah tak guna... dah selamat sampai pun. Akhirnya, duduk dalam kereta..pikirpikirpikirpikir pun tak sudah jugak. Last, si laki start enjin keta terus jalan. Pelik tapi malas nak tanya [marah lah jugak]. Rupanya pi rumah kawan dia, mujur la si laki ni ada bagi kunci spare kat kawan dia. Aku taktau pulak pasal tu. Yang dia pun  dah gelabah bewak sampai tak ingat ada tinggal kunci kat member.. buang masa betoi. Hahahahaha. Dah boleh gelak la sebab masalah dah selesai dah. Haha. Aku sampai opis lewat sikit je 8setengah. Tapi sian kat cik abam aku, ada barang-barang penting keja dia tinggal dalam beg tu. Ha, tulah..cuai lagi. Hujung minggu ni baru balik ambik beg tu. Huhu

17 comments:

  1. leh buat box office ni..
    tapi bagos la tak saling salah menyalahkn..kalo saye yang memang baran ni mmg dah boxing dah dalam kete ngn bini..eh ade bini ke..kui3..

    ReplyDelete
  2. bahaya tersengguk2 ni kak...huhu
    untung la abam sayangggg.

    ReplyDelete
  3. naseb baik ade spare kunci! kalau x!memang merana la nak ulang alik kulim - merbok - kulim..aiyok~

    ReplyDelete
  4. haha. siannyer... waaa. kat taman laguna merbok eh.. waa. mewah3

    jom tambah ilmu sikit..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

    ReplyDelete
  5. kahkahkah gila ahh lakibini...tp cool kowt....

    ReplyDelete
  6. hahaha haih...xtau nak ckp apa pasal u ngan husband...kah3...XD
    xpe xpe exercise! :D

    ReplyDelete
  7. kalau akak & suami dlm situasi gitu.. mesti terus terdiam, sambil muka masing2 masam!

    lagi pulak mmg akak takde kunci spare kat memana..

    ReplyDelete
  8. takpe,jgn tension2 sis..anggap je semua ni cubaan..hehee

    ~bab romntik tu tak tahan sis,rasa nak kwin je..tapi calon takde pun..ermmm

    ReplyDelete
  9. Lelaki yg cool mmg hebat :P

    ReplyDelete
  10. simpan je kunci rumah spare dlm dashboard keter... klu kunci ORI tertinggal kat opis atau kat umah so kita masih ada lagi pendua nya... klu i letak dlm kasut je... ekekk... Oit!! jgn dtg merompak umah i dah la ekeke

    ReplyDelete
  11. bahayanye drive time mngntuk..sy pulak yg rsau..jgn amalkan sis..bahayabahaya....

    ReplyDelete
  12. masuk office kul berapa harini?

    ReplyDelete
  13. memang gelabah la kalo dah camtu..tp bleh balik lagi sekali :)

    ReplyDelete
  14. i pun pernah terjadi... kitorang patah balik sejam pergi sejam balik ok.. huhu...

    -www.madammondoq.com-

    ReplyDelete
  15. Hahaha...menda yg sepatutnya rasa nak marah, tapi jadi cite kelakar plak kan! Hahaha...
    kenangan tu, esok2 leh cite kat anak2, cucu2... Sweet memory~

    ReplyDelete
  16. ahah lepas gelak marah lepastu gelak balik eyh..cutenya lah..nasib baik tinggal kunci spare kat member..oo umah mertua akak kat merbok eyh..sama dgn kg abang ipar..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D