5.3.12

Kata Kata Yang Membuat Kita Sebak




Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang tak pernah faham".
Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirlah

Bagai pusingan roda, sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa dan anak2 kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita.... dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita dan begitulah seterusnya.... Sayangilah ibubapa kita, InsyaAllah kita akan disayangi oleh anak2 kita pulak. 


#Sentiasa sayang, rindu mak ayah di kampung.

12 comments:

  1. copy paste ek?hehe

    tu la,stiap kali balik,"mak mintak duit"

    setiap kali takde duit,"mak,orang nak balik minggu ni,masukkan duit"..

    best tak dpt anak mcm saye..haha

    ReplyDelete
  2. @fik: tapi xdalah sebijik kan..sbb akk dh edit sikit2...kih3

    woh, bagus betei anak sapa ni? mcm penah je akk buat dulu2...ekeke

    ReplyDelete
  3. sejak ayah akak meninggal 3thn lalu, akak terus jadi perihatin kat mak. mcm tersedar!

    ReplyDelete
  4. rindu dekat mama..setiap kali teringat dekat mama dan bapa,mesti esok dia,parents muncul depan ruma sewa ne.hahaha....setiap kali call mama,mesti dia cakap,"adik,habis lah kredit tu"..terus jawab dekat mama,"biarlah habis call mama,dari habis mngurat ntah sapa".hahaha.

    ReplyDelete
  5. akak memang selalu dekat dgn mak sejak dia sakit 2 thn lepas..masa Dr sahkan mak ada kanser, rasa hilang arah masa tu..Alhamdulillah, Tuhan bagi peluang kedua dan dari peristiwa tu akak belajar macam mana nak hadapi saat2 kritikal..Sentiasalah berdoa utk keduanya, Insya Allah..

    ReplyDelete
  6. Betul hidup kita ibarat roda.... apa2 pun perkara seperti ini akan berpatah balik pada kita juga... nice entry pren..

    ReplyDelete
  7. rndu mak ayah sy yg jauh d selatan nun ... !

    ReplyDelete
  8. hargailah ibu bapa kita... penuhilah permintaan mereka.. :)

    ReplyDelete
  9. bila baca entry ni trus rindu mak & abah kat kampung.dah lama x blk

    ReplyDelete
  10. yana dok rumah n tiap2 hari jumpa mak pun rindu lagi kat ofis..hehehe

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D