12.3.12

Mari Memasak Laksa Sarawak


Aku ingat nak tayang je gambar kat sini tapi untuk tidak menghampakan Yana yang mintak resepi dari aku sendiri jadi aku tepek la sekali resepi yang serba ringkas ni. Biasalah aku kan... nak mudah je.


Bahan: Yang penting sekali mesti ada 1 peket perencah laksa sarawak tau! 20 ekor udang, 2 ketul dada ayam , 1 peket bihun, Tauge, 1 cawan pati santan, Garam, Daun ketumbar, 3 biji telur ayam dan 2 batang serai.

Cara buat kuah: Didihkan 2 liter air, kemudian masukkan udang dengan 2 batang serai selama 15minit lebih kurang. Toskan air udang, kupas kulit dan ambil isi udang sahaja. Ketepikan isi udang. Masukkan perencah laksa dan biarkan sehingga mendidih kemudian baru masukkan pati santan dan garam. Masukkan bahan perasa jika mau. Aku masak tak bubuh bahan perasa, cik abam tak suka.Tutup api bila dah mendidih.

Sambil2 buat kuah tu, korang bolehlah celur bihun, tauge (aku lebih suka makan tauge mentah), rebus isi ayam dan koyakkan, buat telur dadar kemudian hiris nipis.

Cara hidangan: Macam ni.... HeHeHe


Dalam gambar tu, daun ketumbar takdak, timun pun takdak... cik abam lupa beli. Kalau orang sarawak, depa bubuh sambal belacan dalam laksa ni tapi aku tak boleh nak piiiiiiiiiiiiiiii la makan dengan sambal belacan tu. Aku suka makan dengan cili potong ja...baru pedas asli gitu kan? Aummm!


15 comments:

  1. sedap nyo weyyy..nak nak :)

    ReplyDelete
  2. boleh la try... selalu mkn laksa johor je.. laksa sarawak ni belum pernah try sebenarnya... hmm... nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. terliur afiq..
    nak cuba bt kat umah bahan pun seng jer kan

    ReplyDelete
  4. haa..pi pakat2 try tapi yg penting, perencah dia tu. Try cari kat giant kot ada.

    ReplyDelete
  5. nyummm3!! lapar jek tgk..hihi

    ReplyDelete
  6. Hidangan ajer dah macam chef... belum letak bunga2 lagi..hehehhe

    ReplyDelete
  7. OMG! OMG! THANKS ALOT!
    da lama nak belajar tapi akhirnya jumpa yang bg direction yg senang nak ikuttt...eeheheee

    ReplyDelete
  8. gila sedap..nak pi try buat..

    ReplyDelete
  9. kami makan kat tempat depa best....tapi x da hati nak try buat sendiri..hehe

    **kak, kami kt SIKney..ekeke

    ReplyDelete
  10. lepas ni nak cari pes laksa sarawaklah...

    ReplyDelete
  11. dgn aksesorinya..mmg menyelerakan la niza!

    ReplyDelete
  12. ehhh..tertinggal pulok..hehe..toche2 kak..yana salin doh resepi ni..taip2 kat enset jer kalo kat kertas ilang merata..hehe..senam sangat jer..nok mencari perencah tu la kalo ada..tesco ada ker kak?

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D