4.3.12

Nak bubuh tajuk apa ni??


Lamanya tak bersua kat blog ni. Walaupun baru dua hari tapi rasa macam dah berhari-hari. Sebenarnya masih malas tapi cuba jugak rajinkan jari ni. 

Jumaat baru ni aku tak keja, ambik cuti sebab ada hal kat umah mertua tapi petang jumaat tu dah balik ke rumah. Mood makan2 masih belum habis, selepas puas makan2 kat umah mertua dengan nasi ayam paprik, laksa, rojak, kueh2 dan macam2 lah. Memang pesta makan betul hari jumaat tu.

Masa nak balik tapau laksa banyak2. Dah abih pun laksa tu tinggal kuah je sekarang, banyak lagi kuahnya. Paksa laki beli laksa. Nak sambung masak laksa kat rumah pulak. Dua, tiga hari ni perut sarat dengan laksa. Belum puas lagi ni makan. Sebab laksa bila makan sekejap je kenyang lepas tu lapar balik.

Bagi aku yang hantu laksa ni, memang tak jemu la makan laksa sehari 5,6 kali. Bangun pagi2 pun sarapan aku laksa. Memang hantu betoi la kalau macam tu kan. Huhu

Mungkin sebab tu jugak aku agak malas nak hapdet blog. Takda rasa tengok blog, baik hadap laksa je. Weekend kali ni pun lain sikit, banyak masa aku habiskan kat dapur. Buat pengat pisang la, cekodok la, puding karamel la. Hasilnya, perut membuncit dengan cepat. Tapi takpa, aku kan tiap2 minggu ada kelas aerobik. Nanti surut la tu. Hehe

Okelah, nak sambung keja kat dapur tengah rebus laksa. Dah siap nanti aku nak tayang laksa tu kat sini pulak. :P


#Korang rasa tajuk apa yang sesuai??

10 comments:

  1. azzah pun hantu laksa..mkan dia mmg tak penah puas..tapi x bole nak telan laksa johor,laksa utara jugak feveret..

    ReplyDelete
  2. buh tajuk, "niza kuat makan laksa" hehehe...gurau ja....kami buat laksa minggu lepas...ikan lama...tawaq...x manis...ada lagi kuah dia dalam peti ais...silap2 terap la nnt...jumaat ni nak balik kampung dah....

    ReplyDelete
  3. xkan tunjukk gambar laksa je kat blog? pos la ke sini.. keh3~

    selamat memasak! ;D

    ReplyDelete
  4. buat tajuk. "Aku dan ....."

    haaaa

    ReplyDelete
  5. "Hantu Laksa!"

    mmg dasat niza punya suka kat laksa tu ya..
    akak suka laksa johor, tapi takmo la hari2 laksa je.

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan
    datang dari: http://hanifidrus.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. patotnye tajuk kene la gempak.mcm "akak menang mercedes" ke..atau "contest kak niza menangi laksa" ke..

    ReplyDelete
  8. Haha..hantu laksa? mcm mn tu Niza :-D...

    ReplyDelete
  9. banyaknya makanan..asal tak letak tajuk makanmakan..makan penumbuk..lapaq heh

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D