15.3.12

Petua hilangkan kuping rambut? Ohh..jangan risau. Ini penyelesaiannya!




Tadi takdak keja, aku belek2 akaun Nuffnang kecintaan aku tu...Huhu. Klik kat keyword, saja nak tengok apa yang orang cari kat blog aku ni..kot2 ada yang dapat membantu. Terkedu sekejap, rasa kasihan bila ada orang cari 'petua hilangkan kuping rambut'. Pasti serius masalah yang tengah dia hadapi sekarang ni. Jadi, tergerak hati aku nak membantu dan aku agak 'kuping' yang dimaksudkan tu adalah kelumumur kan? Aku pasti!

Atas rasa tanggungjawab yang telah tubit dari sudut hati...aku pun menggugel la petua yang dimaksudkan tu. Aku jumpa pun petua tu kat satu ruang forum. Eh, sat sat! Aku cari jugak kat stor aku tu tapi takdak pun, cemana dia tersesat cari kat blog aku pulak nih? Tapi tak apalah.

Dan aku tertarik dengan petua yang diberikan oleh salah sorang dari forumer tersebut. Bahan-bahannya pun sangat mudah didapati, mungkin sekeliling rumah saja kot...terutama rumah kampunglah. Dan juga boleh didapati di bilik air, dapur mahupun di sinki rumah sendiri (main longgok, tak basuh :P) Ayuh, kita lihat cara-caranya pulak!

penyelesaian yang terbaik adalah botakkan je! :P

Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. So, cemana? Mudah, senang dan tak memerlukan duit pun kan? Amalkan selalu. InsyaAllah. 


#Weh, tu betul2 petua yang gugel bagi kat aku tau, bukan tipu-tipu punya. Hehe

7 comments:

  1. aku baru tau satu petua..tenyeh kulit kepala ngan bawang putih

    ReplyDelete
  2. baru tau petua tu kak...
    tenyeh kepala ngan bawang putih???erkkkk betul ke...bau bawang je le...hehehe

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha! Betu2 pakar petua org dulu2 nie. Smpikan nak buang kuping pun rujuk kat sini. Cool!

    =D

    ReplyDelete
  4. nak petua panjangkan rambuttt hehehe

    ReplyDelete
  5. hohoho...mcm2 cara boleh guna eh?setailo setailo! :D

    ReplyDelete
  6. tenyeh jgk dgn limau nipis...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D