27.3.12

Private and Confidential




Lama dah tak membebel kosong kat blog ni kan...terasa plak nak buat macam tu. Tapi hari ni sebenarnya, hati takdak syok. Agak runsing dari balik keja tadi sampai sekarang. Kepala masih serabut dengan satu 'hal' yang tak setel lagi kat opis tadi. Mujur puasa harini, dapatlah kawal perasaan. Cuba berlagak tenang, setenang yang boleh. Tapi masalah tak jugak selesai. Diam, termenung pandang je 'fail' atas meja. Takda hati dah nak buat keja. Jiwa kosong. Tunggu bos balik, bila bos langkah je kaki keluar opis aku pun terus angkat beg jugak. Drive slowly je balik tadi. Jiwa kacau. Fikiran melayang. 6suku masih 'merayap' atas jambatan p.pinang. Jammed, biasaaaa makanan aku tiap petang. Padahal dah lewat nak sampai rumah. Terlupa pasal puasa. Terlupa pasal bekal suami untuk keja malam nanti. Astaghfirullahalazim, sampai macam tu sekali layan perasaan. Sampai rumah ngam pukul 7. 

Lupakan sekejap 'hal' tadi. Terus capai periuk, masak nasi. Ada setengah jam je untuk masak. Lepas maghrib suami dah nak pi keja. Sempat ke? Tak kisah pasal diri sendiri, kurma dah cukup untuk berbuka. Yang penting bekal suami. Alhamdulillah, sempat la jugak siapkan ayam masak tiram dengan udang goreng kunyit. Kecekapan tu penting untuk saat-saat tak terduga. Sebagai isteri, kena paham bila suami tak suka makan kat cafe/kantin/luar. Malah harus aku bersyukur, walaupun tak sesedap mana masakan aku tapi ia tetap menjadi pilihan suami setiap masa. Alhamdulillah.

Lepas solat maghrib, gosok baju keja untuk esok. Kemudian, on laptop buka blog. Klik new post nak taip entri ni! terkejut sekejap bila tengok layout blogspot dah berubah. Bertambah pening kepala aku. Tapiiii lantak lah, janji aku dah jumpa tempat new post nih. Terus taip ayat pertama kat atas hinggalah sampai SINI! Eh, apa yang aku mengarut nih??

Kan dah cakap kat ayat pertama tu, hanya bebelan kosong. Jiwa aku tengah sarat dengan keresahan. Suami takda malam ni, takda tempat aku nak luahkan rasa resah di hati aku sekarang ni. Jadi, aku luah jelah kat sini. Tapi maaf, nak cerita detail tak boleh.

Apa yang boleh aku rumuskan dari entri mengarut dan kosong ni....oke, bagi sikit la klu 'menyesal la berurusan dengan firefly'!!

13 comments:

  1. wahh.. satu je nk ckp. kagum dgn suami puan sbb stia pda msakan puan. kena try skali ni. hehe.

    ReplyDelete
  2. Sebab dia suami sy mestilah setia :D
    raya ni boleh kot! haha

    ReplyDelete
  3. btul2. hehe.

    insyallah, klau xde aral, raya ni serbu. hehe.

    ReplyDelete
  4. Boleh..takda masalah, raya kan.

    ReplyDelete
  5. akak cari pasal ngan firefly ke?haha

    ReplyDelete
  6. setian ma suami setia berbagi,,,
    http://www.insancita.tk/

    ReplyDelete
  7. Fikhri: depa yg buat pasal... adoiii, pening kepala pikir.

    ReplyDelete
  8. hehehe. terasa nak kawen lak
    nak sediakan makan minum pakai suami

    #mode gatal nak berlaki. ehh

    ReplyDelete
  9. mcm lagu najwa latif la plak kosong kosong

    ReplyDelete
  10. Tak pernah tebang dgn firefly, lum famous dah banyak masalah..huhu..sabarlah Niza yer

    ReplyDelete
  11. nape tak air asia?? pun sama jugak kot ey...nk g huneymun yep ? :)

    ReplyDelete
  12. tu diaa..firefly punya hal rupanya..
    knape eh kak..tak pro kah diaorang?

    btw sangat kagum k.niza bleyh siapkan masakan n bekal utk suami dalam tempoh stgh jam jer utk 2menu?..huhu..lg kagum suami suka makan masakn isteri..bertuah badan..:)

    ReplyDelete
  13. Memang tak pro lgsg yana.. ambik booking sambil2 mengeluh lepas tu malas nak bercakap..entahlah, byk btl kelemahan. Macam nak report je. Ni pun 1st time dgn firefly...dah bermasalah. Selalu berurusan dgn MAS je, lgsg takda masalah...layan pun oke. PANGKAH terus firefly.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D