31.3.12

Rasa Bertuah


Teringin sangat nak update blog walaupun keadaan dan kesihatan tak berapa nak bagus. Tapi taktau nak kata, samada demam ke tak. Bila petang je, badan rasa tak sedap, tak larat. Lain2 sakit sampingan dia macam... sakit tekak, batuk (hatni yang paling tak suka nak berus gigi waktu pagi, banyak kahak + geli = loya), gatai2 hidong (tonyoh sampai meghah2), bersin kerap-kerap (tapi memang puaihh bersin), badan sat panas sat dak. Dari balik keja semalam. Bangun pagi tadi oke pulak... tapi tak sempat jugak nak blogwalking ke blog kawan-kawan sebab sebok dok mengemas rumah, basuh baju yang bertimbun dan masak. Tapi hari ni masak sup tau.. sup soto. Kalau tak sihat camni, suka makan sup. :)

Petik satu hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim) 

Alhamdulillah :)

Jadi, hari ni banyak habiskan masa dengan membaca. Dah lama pinjam buku "Setengah Berisi, Setengah Kosong" ni kat library tapi baca dak jugak. Tak sempat. Harini dapat baca 13 bab dari 63 bab dalam buku ni. Dapat jugak manfaat darinya. :)

#BE bertambah lagi satu di penghujung Mac. Anggap hadiah di bulan kelahiran juga sebagai rezeki. Terima kasih pada kawan-kawan yang berkunjung ke sini :) Juga kepada saudara Fakur atas keikhlasannya mendoakan saya dalam entri lepas, Terima kasih :)

14 comments:

  1. Semuga doa-doa diperkenankan..aminn :)

    ReplyDelete
  2. klu demam mcam tu selalunya demam virus... elok la ke klinik check darah.


    ps: boleh bantu saya 'like' sesuatu?

    ReplyDelete
  3. skng mcm xde mood nak update kak.
    bz jalan kot?hahah


    cepat sembuh kak

    ReplyDelete
  4. nak demam??? harap baik2 saja ^_^

    ReplyDelete
  5. Akak awal minggu aritu gitulah..batuk selsema sakit tekak..demam jap on..jap off. tu yg 3 hari offlline.

    skrg dah ok..tinggal batuk tak abis2 lg. ubat batuk dh abis sebotol.

    ReplyDelete
  6. aku pun harap dengan penyakit aku ni..dosa2 kecil aku gugur mcm gugurnya daun2 kering

    ReplyDelete
  7. akak pregnant kot?
    haaa..cepat2 cek doktor :)

    ReplyDelete
  8. demam urat la tu.. banyak sangat berbloging... cube urut2 jari tu... hahah... sabo je la...

    ReplyDelete
  9. cepat sihat kak!!
    sakit2 pun still boleh masak kan..kuat semangat betul ni..respect!

    ReplyDelete
  10. Semoga Niza sehat selalu hendaknya..kita sahabat dlm dunia maya ni pun rasa mcm dah kenal lah pulak, ^_^

    Tahniah! memang Advertiser Nuffnang dah jatuh hati dgn blog Niza ni, asik bg BE je hehe..

    ReplyDelete
  11. mungkin tak sihat sebab ada isi kot? cuba pi check. Apa pun moga segera sembuh ya niza...:)

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan sy :)

    ReplyDelete
  13. akak demam manje2 je kot tu..hopefully dah sihat la..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D