25.3.12

Salad Buah




Petang-petang gini sedap jugak kalau dapat bersalad buah kan. Asyik goreng pisang, cekodok, coq badak je.. apa kata sekali sekala buat salad buah untuk hidangan petang. Pun boleh kan? Nak sediakan pun tak susah mana, sekejap pulak tu. Kat opis kalau ada buat jamuan, selain laksa aku suka bawak salad buah ni. Sedap. 

Bahan-bahan semestinya hanyalah buah-buahan sahaja. Tapi salad yang aku buat tadi tu nampak tak menarik sangat sebab yang ada kat dalam peti ais cuma epal dengan anggur je. Kalau ada strawberi baru la menarik sikit ada merah-merah. Kemudian aku campur dengan kurma dan tabur kismis. Itupun dah cukup sedap. Laki aku sekali hadap je..boliou!!

Selain epal dan anggur, kalau nak sedap lagi mesti ada strawberi, kiwi, kurma dan kismis. Potong-potong dulu dan rendam dalam air garam lebih kurang 3, 4 minit. Tapi kurma dengan kismis tu takyah la rendam. Kemudian gaul je dengan mayonis dan tabur secubit garam. Kemudian gaul rata...boleh terus makan. Mudah kan? Apalagi jom try!

10 comments:

  1. woooohh..meh sepinggan..makan sorang2 mane best

    ReplyDelete
  2. bagusnya..mkn mcm2 buah2an!

    rendam air garam tu nk bg kekal segar ya?

    ReplyDelete
  3. kak..

    kita susah nk terima benda ada mayonis ni... hukhukhuk...

    ReplyDelete
  4. azzah pun susah nak telan makanan letak mayo..lebih suka makan gitu je..

    ReplyDelete
  5. baguih..tk penah traii lagi...tima kasih niza..kurma tu paling baik :)

    ReplyDelete
  6. fuhhhhh...mngancan jiwa air liur betul..

    ReplyDelete
  7. Senang jer buat...tiap kali entri yang buat masak2 ..tengok macam senang bila aku buat OMG..buruk bebenor..
    ISkk kesimpulan aku memasak ini BAKAT!!

    ReplyDelete
  8. sy letak yogurt...mewah sket la...hahahah

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaaa!suka gak makan macm ni..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D