15.3.12

Terima Pangkat Di Bumi Lubnan



Kawkaba, Lubnan: MALCOY 7 yang kini telah beroperasi selama 7 bulan lebih bersama Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) sentiasa mementingkan pencapaian prestasi dan kredibiliti anggota sebilang masa. Pada 12 Mac 2012 jam 0900 pagi waktu Lubnan, seramai 5 orang anggota telah menerima kenaikan pangkat di Kem MALCON, Kawkaba. Upacara pemakaian disempurnakan oleh Komander MALCOY 7, Lt Kol Hassim Mat. 

Kelima – lima mereka iaitu Sjn ke pemangku SSjn Hj. Shahrani Hj. Shahdan (Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei), Laskar udara ke Laskar Udara Satu Mohd Zawawi Awang (TUDM), Laskar Udara Satu Ahmad Shukri Abdul Rahman (TUDM), Laskar Udara Satu Muhamad Firdaus Mohd Isa (TUDM) dan Laskar Udara Satu Mohd Hapize Harun (TUDM) telah dipakaikan pangkat semasa perbarisan komander. 


Dalam ucapan ringkas komander, beliau turut menuntut kerjasama yang jitu dari semua peringkat anggota serta mengkehendakkan supaya keseluruhan MALCOY 7 sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta prestasi yang terbaik bagi menjaga imej perkhidmatan khasnya dan negara amnya. 

Hadir sama semasa berlangsung, Timbalan Komander MALCOY 7, Lt Kol Zainal Shukri Mohamed Zain, Pegawai - pegawai Staf MALCOY 7 serta para peserta perbarisan. 


#Diterima melalui email yang dikirimkan oleh:
PW 1 Badri Mustapa
MALCOY 7, UNIFIL
Kem MALCON, Kawkaba, Lubnan

4 comments:

  1. wahh respect mereka yang bertugas di perbatasan nih!

    ReplyDelete
  2. wahhh,naik pangkat kt lubnan..eca ada kenalan atm kat sana :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah! untuk meka :)

    ReplyDelete
  4. tahniah atas jasa diorang utk malaysia mahupun seantero dunia ni

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D