21.4.12

Ais Krim Vanilla...apa kaitannya?

Serasa aku macam baru sangat je lepas demam kan? Korang ingat tak? Awal bulan baru ni kan?? Kemarin aku demam lagi tau...demam cara mengejut!! Gara-gara semburan virus yang di sengajakan oleh cik abam.. edisi dengki sakit! Dia kalo nak batuk jenis suka tala muka kat aku. Itulah namanya dengki sakit. Virus tu apalagi..cepat je merebak ke dalam badan aku ni. Dah 2, 3 hari dia demam...tiap-tiap hari dia buat camtu kat aku. Bila aku marah dia cakap..biarlah, nanti sama-sama sakit. Pulak! Kalo aku demam buat camtu kat dia..kemain marah lagi. 

Tapi aku rasa, demam hasil jangkitan ni lagi teruk tau. Itu yang aku rasa la...entah fakta ke auta aku tak pastilah. Badan panas, garing gila semalam...kalo pecahkan teloq kat atas tapak tangan aku boleh jadi telor mato kobau aku rasa. Pukul 9, aku bangun mandi sebab badan panas sangat kan...lepas mandi aku rasa macam bahang panas tu keluar ikut telinga. Sebab aku rasa panas sangat kat telinga belah kiri. Macam nak tarik telinga pi rendam dalam ayaq je. Ini kisah benar weh. Tak tipu munyerrr.

Hari ni alhamdulillah dah kebah lepas telan 5 jenis ubat malam dan pagi tadi. Tapi selsema dengan sakit tekak belum pulih. Suara aku dah ala-ala Ramli Sarip bila menyanyi. Eh!, aku rasa nak berkarok lagu Ramli Sarip la japgi..untung2 keluar sebijik suara cam Ramli Sarip kan?? Heh3...overrr. Kat tekak aku ni sakitnyaaalah sampai tertelan air liur pun boleh tersedak tahu? Lepas tu rasa macam ada ulser la kat celah gigi geraham ni. Anak tekak pun ada gatai2 jugak. Hai macam2 lah. Dulu aku pernah baca kat blog fara, Pok Amai Amai katanya... ais krim vanilla boleh sembuhkan ulser. Pastu google pasal ais krim vanilla....katanya selsema pun boleh lega dengan hanya memakan eskrem vanilla? Huiii, dasat nih. Jadinya, petang tadi keluar pi kedai beli vanilla eksrem. Selesai 2 mangkuk aku balun eskrem tu. Kita tunggu esok apa hasilnya ye. Hehe.

#Ke...eskrem vanilla tu hanya sesuai untuk ubat kanak-kanak je?? XD


9 comments:

  1. eh eh,,,blog rupa baru eh kak?.
    lagi suka yg dlu.hehehehe

    eca baru tahu aiskrim vanilla ble hilangkan selsema..kalau tahu,dah lama beli dah..selsema eca xkurang lagi......hukhukhuk

    ReplyDelete
  2. betul kak..eka kalau ulser,mesti makan aiskrim vanilla..sejuk je rasanya

    ReplyDelete
  3. petua paling sedap pernah ditemui..thanks sharing, moga cepat sembuh..aminn :)

    ReplyDelete
  4. aihhhhhhhhhh

    menggoda sungguh aihhh
    dgn tekstur yg mulusss tu

    keke

    smoga cpat sembuh kak!

    ReplyDelete
  5. makan eskem bukan lagi batuk-batuk ke?

    ReplyDelete
  6. terbaiklah .time tak sihat makan eskem..apa la sis..adehhh

    slmt mlm..moga cpat smbuh..amin3

    ReplyDelete
  7. Masuk dalam blender, tambah susu tepung, tambah milo,tambah pisang, tambah gula, tambah air, blend..Makin sedap jadiknya tau

    ReplyDelete
  8. ulser ni boleh disembukan dengan apa2 jer benda yangs sejuk..kalo makan ais jer pun boleh kak..kalo yana ulser kat dalambibir tu jer letak ais gitu jer..kasi dia kecut kot..hehe

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D