11.4.12

Apa nak buat dengan orang yang bencikan kita?


Rakan saya bertanya, " Bagaimana nak buat bila ada org benci dengan kita. Memaki hamun dan menunjukkan perangai yang buruk. Apa yang perlu kita buat?"

Jawapan saya begini, "Rasulullah SAW yang berakhlak mulia dan membawa wahyu juga dibenci oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Pelbagai caci maki, penyiksaan dan cercaan yang diterima oleh baginda."

"Jadi kita lihatlah siapa yg membenci kita. Spesis Abu Lahab ke atau spesis Abu Jahal. Kalau spesis mcm ini, biarkan saja. Ambil saja kebaikan dari kritikannya. Dan maafkan atas kebodoham dia. Jangan ada rasa geram dan dengki di hati kita. Semoga dia diberikan hidayah"

"Rasulullah SAW pun tidak melawan caci maki orang2 mcm ini. Baginda memaafkan saja" 

"Dalam hidup kita mesti ada org yg suka dan benci, mesti ada orang yang dengki, iri hati dan ada yang ikhlas membantu kita. Perlukah kita risau semua itu?"

"Sedangkan Rasulullah SAW yang sempurna juga dibenci dan dimaki, jadi apa yang hendak dirisau caci maki org seperti itu."

"Kebencian dan dengki adalah penyakit hati yang akan merosakkan fizikal. Jadi kalau kita simpan rasa dengki dan benci diri kita yang rosak"

Wallahu a'lam. -Dr Zubaidi Hj Ahmad-



18 comments:

  1. dengki merosakkan hati. :)

    ReplyDelete
  2. Tul kan, lum baca lagi dah tau jawapan :P buat tak tau je lah...biarkan sbb "Kebencian dan dengki adalah penyakit hati yang akan merosakkan fizikal. Jadi kalau kita simpan rasa dengki dan benci diri kita yang rosak"...^_^

    ReplyDelete
  3. yup, fara setuju sngt.. sebagai manusia biasa mmg x lari dr menerima ujian Allah, so, kite hnya mmpu brsabar.. jgn pula kita ikut prangai syaitan yg sentiasa menghasut kite spye berdendam utk menjatuhkan umat nabi muhammad.

    ReplyDelete
  4. tak perlulah kita memadam api dengan api.

    ReplyDelete
  5. suka entry ni. sbb tu sy bersabar sahaja dan diam. bt mcm xde pape.^^

    ReplyDelete
  6. pengalaman ke kak?cam kena je ngn situasi saye skang..tapi idok le kne caci smpai mkn dalam ngat..biase2 je.

    buat tak tau lg bgos kn..ape yang baik kite amek.yang tak baik kite wat tak reti je..

    ReplyDelete
  7. bila org benci kita, kita boleh sedar bahawa diri kita pun ada kekurangan :)

    ReplyDelete
  8. betul kak :)
    jadi,xpe la.sentiasa baiki diri.

    ReplyDelete
  9. Salam
    Rasul kita senyum ja bila dicaci,dimaki...Baginda kurang sennag bila seorg sahabat membalas semula kata2 cacian itu,kerana menurut Nabi,syaitan senag menghasut ketika itu,sedangkan kalau tersenyum dan ucapkan Alhamdulillah..malaikat turut mendoakan kita yg teraniaya dan amal org yg memmaki tu,pahala kita yg dapat...

    ReplyDelete
  10. Dalam tak sedar, kdgkala wujud juga rasa benci di hati kita terhdp sesuatu atau sesorg yg tak tahu pun ttg kebencian kita itu.

    ReplyDelete
  11. kadang2 ada jugak rasa dengki dengan orang..huh..apalah hati ni.
    eh layout baru laa..hee..

    ReplyDelete
  12. biarkan aje org yg duk benci kat kita..

    xleh dilayan.. bimbang syaitan menghasut kita pula..

    ReplyDelete
  13. dengki gitu2 je okeh lagi..ni dengki yg jenis suka cucuk sana, cucuk sini..hmm,rosak masyarakat..

    ReplyDelete
  14. itu sebahagian dari warna kehidupan..:)

    ReplyDelete
  15. tulah kadang tercabar juga bila org dh maki hamun nak2 bila dpn org ramai...tapi bila pikir balik kita yg akan sakit hati kan..so lantak pii lah org cmtu, janji kita tahu siapa diri kita...

    ReplyDelete
  16. salam kenal dan follow dr kak Nurul...
    Kadang2 kita x boleh nak nak buat apa jika org dah benci kat kita just berdoalah minta perlindungan Allah SWT.

    ReplyDelete
  17. sebahagian dari sifat manusia.....

    ReplyDelete
  18. mulia sungguh Rasulullah SAW....

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D