11.4.12

Bahan


Boleh kata hampir 2 tahun aku tak join PT (Physical Training) kat kem. Sebab dulu aku sorang je yang kena jaga boss, mana sempat nak turun PT dengan diorang semua. Tapi sekarang ni aku dah ada junior yang sama-sama membantu tugasan di pejabat. Boleh gilir-gilir. Jadi, aku ambik peluang tu untuk join semua aktiviti yang ada.

Pagi tadi, semangat bangun awal sebab nak PT. Jadi, hari ni kena keluar awal sikit sebab jam 0715 dah kena baris. Lepas solat subuh aku pun keluar. Sampai kem dekat2 pukul 7 dah. Tapi cuaca agak mendung, macam nak hujan. Elok-elok je nak masuk baris, hujan turun rintik-rintik dan tak lama lepas tu bederummmmm air hujan mencurah-curah. Semua pakat lari masuk kat garaj nak berteduh. Lepas tu, aku dengar ada satu suara lelaki sebut nama aku, dia kata..."ooh, patutlah hujan... Niza masuk PT laa hari ni". Lepas tu semua orang gelak. Dari seorang cakap hingga ke senior rank dan sampai ke officer dok perli-perli aku. 

Yelah, dah lama tak masuk PT tetiba pagi ni aku muncul kat celah-celah diorang, apalagi kena bahan la tadi. Kononnya, disebabkan aku masuk PT hari ni terus hujan tak jadi PT. Hujan rahmat tuh! Hehe

#Padahal diorang suka tu aku masuk, saja je nak melawak. Haha.


10 comments:

  1. Samala kita...

    Da lama tak senam... hehe

    ReplyDelete
  2. memang wajib ke masok PT?? xbest la...

    ReplyDelete
  3. wah kak. mcm best je. nk join^^

    ReplyDelete
  4. senam..jangan tak senam..hahahaha

    ReplyDelete
  5. kena bahan lalu mung..tetibe je kecek qelatey...

    :)

    ReplyDelete
  6. hahaha.. sian akak kena bahan. hehe

    ReplyDelete
  7. aloor dah lama x senam ..
    bileelahh nak mule nie huhuh

    ReplyDelete
  8. ujan eh pagi ni??
    apasal kat sini tak hujan ye??

    ReplyDelete
  9. itu entry semalam la kak diana. hari ni tak keja, cuti.

    ReplyDelete
  10. ada bunga yang masuk hujan turun la nak siram bunga..ekeke..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D