2.4.12

Demam dan Tekanan Darah


Seharian aku dok kat RSAT (baca; Rumah Sakit AT) je hari ni. Ingat nak pi buat TATADEMMOT je sebab dah nak mammp...mati! 2 minggu lepas dah pi buat blood test. Tinggal nak jumpa doctor jelah. Sampai je kat sana, tengok orang punyalah ramai, sampai penuh tempat duduk. Tunggu jugaklah, dari jam 0930 sampai 1100. Elok sampai turn aku nak jumpa doc, tetiba staf tu panggil aku dia mintak maaf sebab tak perasan dekat buku laporan aku yang X-ray pun dah expired jugak. Adoi, cuai betul. Kenapa tak check bebetul. Kan dah buang masa aku dok berejam kat situ. Tapi aku tak marah lah dia sebab harini orang ramai betol, pening gamaknya. Dia suruh aku pi buat x-ray dulu, 1430H nanti baru datang balik. Aku pun teruslah pegi kat Klinik Kesihatan Bayan Lepas. Sekejap je pun x-ray nya. Servis mantap punya. 

Sebab awal lagi, aku balik solat kat surau opis dulu. Siap dengan terlena sekali lepas solat... Setengah jam ada kot, kira pakej la tu. Kebetulan plak, demam aku pun kejap ok kejap tak. Tak larat sangat, tu yang tertido tu. Pukul 1500H, baru aku pegi plak ke RSAT. Tapi kali ni aku siap bawak borang report sick... nak check demam aku ni sekali. Untung2 dapat cuti sakit kan. Huuuu. Elok sampai sana, dah kena marah plak dengan staf tu sebab dia suruh datang jam 1430H. Hehe..ketegaq sangat. 

Masuk jumpa doc yang sangat cute, Dr Norra namanya. Tengah mengandung plak tu... bertambah ke'swee'tan dia tu. Memang sempoi, aku nampak dia duduk bersila atas kerusi tu mungkin penat kot handle patient kemain ramai harini. Dia settle aku punya Tatademmot dulu. Pastu baru check aku punya sakit. Kemudian, check tekanan darah...sekali result dia..nah! nak pengsan! BP aku 140/90!! Sebelum ni BP normal je 110/80.  Cemana boleh tinggi camni? Padahal muda lagi...baru je minggu lepas cukup 31. Bergetah lagi tu. Wekk! Mula dia soal siasat aku...pasal keja apa semua. Lepas selesai semua sesi soal jawab...doc cakap dia bagi aku cuti rehat/sakit selama 2 hari sebab demam berlarutan/tak baik2. Lepas tu dia bagi aku kertas untuk check  BP setiap hari. Maknanya, aku kena pi check BP kat mana2 klinik setiap hari bermula esok selama seminggu! Sebab dia nak tau samada aku kena Darah Tinggi atau pun tak. Kalau betul aku ada darah tinggi dia akan mula bagi ubatlah.



Hah. sudah! tak pasal2 bos plak kena. Lepas ni kena jaga makan minum, kesihatan jugak...kena bersenam! Owh, patutlah...dah 2 bulan tak pi kelas aerobik, sibuk punya pasal, balik lambat tak sempat nak singgah kompleks sukan. Oke, esok boleh rehat dan jangan lupa pi klinik sekali check perut. Eh? check BP.

18 comments:

  1. akak..ape pulak hindu..tu agame la..haha..tamil kot..

    err,tinggi nye BP akak.hot sangat akak ni smpai blood pressure meninggi cm tu..

    ReplyDelete
  2. Hindu=rindu ke? ahaha..sabarlah Niza memang kita sbg org bawahan ni mmg selalu kena buli..

    Esok p klinik tu hati2 tau, jgn lupa rehat cukup malam ni sbb kena cek BP esok..^_^

    ReplyDelete
  3. @Fik: hehe..akk memang suka sebut hindu mali.. haha! eh, fik. HOT tu tak buat BP akak naik tau. Hot tu cool beb. heh3

    @Elih: kan? sabo sangat dah tapi dlm hati dah macam gunung berapi. hehe..ok, tq :)

    ReplyDelete
  4. ayoyoyoyo.
    kenapa tinggi sgt ni kak.byk
    makan garam ke hape?stress nau bunyi?
    hahah.jaga diri.rehat2 kan diri.

    ReplyDelete
  5. ehhh,tingginya kak...u need a therapy ne tuk kurangkan semua tue..err,jom shopping nak?.hahahaha. :)

    ReplyDelete
  6. @iqa: dulu2 masa bujang memang akk suka mkn masin2 tapi sejak bersuami, byk kurang sbb suami akk tak makan masin, minyak lebih takbleh dan berlemak.

    @puteri kasih: thanks :)

    @eca: tu la pasal, klu pi shopping kang merudum plak darah turun..haha

    ReplyDelete
  7. jaga kesihatan yer akak.. moga kembali sihat..=)


    meh tambah ilmu.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/04/kalau-lah-kita-faham.html

    ReplyDelete
  8. jaga diri taw kak

    jangan stress2 :)

    ReplyDelete
  9. Tgh mc la ni kan..
    Get rest..get well soon niza!

    ReplyDelete
  10. janganlah kena darah tinggi kak..
    yang penting jaga makan jaga tido..cepat sihat!
    hadiah belum pos lagi..haha

    ReplyDelete
  11. LEPAS NI REHAT..JANGAN STRESS SANGAT TAU!!..

    ReplyDelete
  12. Kak..da sihat lom ni..??? huhuhu..

    ReplyDelete
  13. ko ada darah tinggi..bos ko plak dipersalahkan.kang bos ko layan baeekkk plak dia bimbang ko kena darah rendah plak :)

    ReplyDelete
  14. cemana ye orang yang bersenam,kerja setiap hari tapi tekanan darah naik je...akak dok umah makan je kerja,tidur kuat tapi darah tak pernh lebih 110/80.sihat kan akak??
    meh berguru kat sini..
    ekekeke

    ReplyDelete
  15. Kena byk minum air suam...kena bykkan senyum, gelak ketawa...

    ReplyDelete
  16. kak niza....are u ok?caner arini?

    ReplyDelete
  17. Penyakit popular..kekekeke

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D