18.4.12

Hamba apakah aku?


Azan sedang berkumandang. 

"Ah...jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu". 

Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat. 

"Aduhhhhh...Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah...patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah lama main facebook".

Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.

Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. "Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah". 

Semangatnya aku.

Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.

Aku puas.                                                                                                                            




11 comments:

  1. sobsob...kita hamba tenet...sobsob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? dalam sedar tu pun dok buat jugak..

      Delete
  2. hmm aku pon seorang hamba yang lalai :'(

    ReplyDelete
  3. Peringatan buat kita semua di zaman IT nie....

    ReplyDelete
  4. Banyak sangat benda yang membuai2 kita sekarang ni..solat pun tak kusyuk..uhuk..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D