27.4.12

Jangan tukar jadual tidur


Ramai orang yang mengeluh kerana tidak cukup mendapat masa tidur yang cukup. Padahal mereka tidak mengamalkan waktu tidur dan bangun pagi yang tetap (pada masa yang sama akan melatih diri).

Jika mampu mengekalkan jadual tidur yang tetap untuk beberapa minggu, diri kita akan dilatih untuk tidur dengan cepat dan rasa segar bila bangun tidur.

Jangan tidur dan bangun lambat pada hujung minggu. Tubuh kita terpaksa mengubah jadual tidur pada perbezaan satu atau dua jam sehari.

Sebagai contoh, jika kita biasa bangun 6.00 pagi setiap hari, tetapi hujung minggu kita bangun 8.30 pagi. Tubuh kita akan memerlukan beberapa hari untuk menukar semula 'waktu bangun dan tidur'.

Maka kita akan merasakan kekurangan tidur sehingga hari Rabu dan Khamis. 
- Dr Zubaidi Hj Ahmad-


# Owh, patutlah...hari isnin je liat kemain nak bangun!

13 comments:

  1. Bab bab tidur ni memang tak terkawal semenjak lepas SPM ni. Asal rasa nak tido, tido je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh, tokleh gitu dik..
      kalo lepasan spm camni eloklah gi dapo belajar masak dgn mak, nt keluar U terus pandai masak dah. jgn asyik tido je..bla3


      #pandai2 je aku bg nasihat kat anak org eh? :P

      Delete
  2. trime kashh ats nasehat itu.. hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr zubaidi yg bagi nasihat tu sy cuma menyebarkan saja :)

      Delete
  3. alamak. kena tidur dah ni. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...dah nak tido ke? akk baru je bangun! keh3

      #tido awai, terbangun pon awai..gumana nih?

      Delete
  4. saya pulak jenis tido awai, tp bangun lmbt..sy kena tdo lmbt, bru leh bgun awai...hik3...pastu siangnya kena tggung la, lau dlm kelas tuh, mmg tersenggok2 lah gamaknyer..

    ReplyDelete
  5. malam2 jd payoh nk tido..tatau nape sbb suka2 tukar schedule kut.. :p

    ReplyDelete
  6. time menganggur byk tido
    nanti dh keje, mesti kena ubah biological clock ni

    ReplyDelete
  7. aku tido awal je skang x mcm masa bujang dulu kul 5 pagi baru tido huhu

    ReplyDelete
  8. Oh, selalu klu weekdays, sy tido kul 9. Tp weekend, 9.30...mcm ne tuh?

    ReplyDelete
  9. Susah gak..suami akak kalau wkend mmg tukar jadual tido. yelah..nk rasa cuti yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. sy slalu bangun lambat masa hari cuti :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D