20.4.12

Kemestian itu hanyalah...hihihi


Semalam entry kemain lagi berjiwang karat. Nak buat ayat konon ala-ala misteri tapi tak sedar yang diri tu bukanlah hebakk sangat pun menulis. Ayat pun berterabur..main taram je. Heh3

Ekceli, hari ni mood dah kembali stabil... dah boleh berhuha huhi dah. Tapi itulah kan, bila hati dah mula resah, banyak berfikir dan kebetulan plak cik abam keja malam kena dok sorang-sorang kat rumah maka hasilnya adalah seperti entry semalam lah. Terlebih emo..hikhik.

Sebenarnya bukanlah serius sangat pun hal ni, cumanya awal bulan Jun nanti aku kena hadir kursus kat Bentong selama 2 bulan je pun. Tapi bila dok pikir pasal cik abam cayang tu yang buat aku shayuuuu sangat.... sedih nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Mana dengan makan minum dia sapa nak uruskan, bini takdak. Yelah, sejak kawen dulu mana aku pernah berpisah dengan dia. Tokleh nok berengge... dah tu guano nyo nak tinggal laki? Memanglah dia dah besar panjang boleh jaga diri boleh uruskan diri semua tapi diri kita ni yang dekat dengan dia sokmo, kita tahulah dia cemana kan pahtu tetiba nak kena berjauhan pulak sekejapppp. Susah woo nak lepasss.

Tapi lain pulak bagi cik abam, dia tak kesah pong. ceh!! Awal lagi kot tapi siap pesan2 dah..study betol2, bawak balik result gempaq, best student kalo mampu. Huyoh!! Sebab aku banyakkk ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan skot2 aku yang lain sebab aliran kerja aku sekarang tak sama dengan tred kerja asal aku. Cool punya laki, support kerja bini. Tu aku sayam nak tinggal dia. Huhu. Itu baru nak kena tinggal laki, yang nak kena tinggal anak-anak tu lagilah kan....dok rindu memanje ke anok. Study pun tak masuk otak. Ce pikir ce pikir... mestilah sedih kan? Huhu

Dan sebab tu jugaklah aku kena hold dulu usaha nak hamil tu...bila aku pikir punya pikir punya pikir masa nak tido semalam, rasanya lebih baik aku habiskan dulu kursus kerjaya ni kan. Bukan lama pun 2 bulan je. Dahlah nak lekat nama untuk kursus ni punyalah susah tetiba dah tercalon takkan nak tolak pulak kan. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong bercicirangggg pulak! Betoi dak? Sapa setuju tolong angkatkan tangan saya!

Biasalah awal-awal ni, itu belum jumpa lagi dengan skot2 aku yang dah bertahun-tahun tak jumpa, time kursus jelah boleh satukan balik skuad siri 11/2002, boleh buat reunion kot! muahaha..best jugak!

#Belum pegi, belum tahu suasananya...haha!


14 comments:

  1. 2 bulan..mmg lama bg kita yg tak penah berpisah dgn suami ni. tapi dah mmg sebahagian dari kerja, kena redah je lah..

    *akak dulu tpksa tolak KPLI sbb suami takmo dok sorang2..kursus tu dlm 1thn. Duduk rumah je lah smpai skrg.

    ReplyDelete
  2. tak pe la..
    berjauhan dari suami kejap2
    boleh menguatkan kasih sayang..
    heheh

    ReplyDelete
  3. Sayang suami tinggal2kan..hehe pandae sangat eyh..waa kursus naik pangkat ke apa ni?gudluck kak niza..

    Lama dah tak tengok makanan kat blog ni..hehe

    ReplyDelete
  4. suh cik abang berdikari. hihi.. skype la. boleh lepas rindu :P

    ReplyDelete
  5. Lamanya kursus 2 bulan tu,tp xpe suami dah izinkan dgn menyokong lg tu...

    ReplyDelete
  6. aik, blog niza dh kembali kepada blogger template...good good...say no to wordpress themes...hahaha

    ReplyDelete
  7. 2bln x lama niza.kjp je..kalo ad weekend bleh blk jumpa cik abang sayang awak.kalo sayang suami tgl-tglkan kejap baru jd rindu-rinduan.saya pun tengah ditinggalkan.bln 7 br dpt jumpa

    ReplyDelete
  8. hehehe..ala cik abam mesti la akan turun bentong nanti...jangan risau la kak.. hehehe..btw, gudluck kak..semoga yang diimpikan selama ni menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  9. tkpe..berjauhan smentara sis,moga tika berjauhan itu akan membuatkan hubgn suami istri itu lagi erat..sy doakan kebhgian anda berdua..amin3

    ReplyDelete
  10. lama tu 2 bln..xpe kak..abam mesti lawat punya.skype la.haha
    3g.semuaaa ada...belajar elok2.hahha

    ReplyDelete
  11. laa.. kena pi bentong rupanya, ingat pi england. btw semoga proses pembentongan itu akan mengeratkan hubungan anda dgn suami. kadang2 perpisahan lebih merapatkan. semoga anda sukses dlm kerjaya dan jugak dlm sains rumahtangga. perjalanan anda masih jauh. aturlah langkah sebijaknya ok.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, ingatkan ape la semalam..good luck niza
    dua bulan tu kejap je pun :)

    ReplyDelete
  13. tenang2 kak! sy pun mak ayah slalu tinggal kursus sana sini.. hewhew.. ><

    ReplyDelete
  14. 2 bulan tu sgt lame la..tapi xpe la cik abam xpape kn..apekehei die sonok ke kne tinggai?haha

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D