29.4.12

Makan apa hari ni?


Bila hari minggu je, mesti ada masalah nak buat pilihan pasal 'masak dan makan' ni. Masalahnya yang taktau nak masak apa, taktau nak makan apa. Macam la hari-hari dok masak sangat kan? Sampai dah taktau nak masak apa. Hehe. Kalau suami aku, ayam masak kicap hari-hari pun dia boleh hadap tapi aku kalau lauk tu je memang kurus la aku... nak makan pun tak lalu. Suami aku kalau masak kari, masak lemak, asam pedas tu dia kureng sikit nak makan, kadang kalau aku masak kari ke masak lemak ke aku sorang jelah makan sampai ke malam kadang bawak ke esoknya baru habis. Itu yang buat aku malas nak berkari, berlemak sangat walaupun aku suka. 

Hari ni teringin nak makan lauk ala-ala makan nasi minyak kat rumah kenduri. Pulak! Tapi menu yang aku pilih simple je...ayam masak merah dengan acar timun. Cukup dah 2 jenis tu. Nak makan pun sekali je, malam tak makan dah menu yang sama. Dah tabiat sejak mula.

Acar Timun
Ayam Masak Merah

#Menu apa korang lunch tadi?



5 comments:

  1. bak sini sikit ayam masak merah tu..meleleh ayaq lioq..:)

    ReplyDelete
  2. simple tapi sedapp!
    yana kerja biasala nasi beli..:)
    ikan keli pedas dengan hati ayam goreng..

    ReplyDelete
  3. sedapnya dia makan... :D jeles2. um,kita follow sini dan tkn2 ads dia. :p

    ReplyDelete
  4. holamak..sedap weyhh...saya lunch tadi wat ayam panggang berkuah rempah saja...

    ReplyDelete
  5. saye lunch mkn hati je kak..no seriously mmg menu hati..trase nk mkn barang dalaman wlaupon tak elok..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D