10.4.12

Pagi-pagi telinga dah panas oiii.. apa cer?


Ada orang cuba komen pasal 'blog', padahal dia sendiri 'tak ada' blog dan tak reti pun nak buat blog. Dan apa yang menyakitkan hati... kata-kata tu seolah-olah dilemparkan kepada aku. Sebab dia tahu aku ada blog dan aku pernah promot blog aku kat dia. Dah katanya 'kawan' kan mestilah aku akan cerita apa je dengan 'kawan' tersebut, termasuklah blog aku yang sebelum ni memang aku rahsiakan dari pengetahuan kawan-kawan. Bila agak lama dan aku rasa ada sedikit keyakinan untuk mengexposekan blog aku, maka aku cuba menghebahkan blog aku secara perlahan-lahan kepada kawan-kawan terdekat. 

Tapi akhirnya malang bagi aku bila ayat ni keluar dari mulut dia.... "ada blog tu, cerita ntah apa-apa..mengarut je lebih" telinga aku tiba-tiba panas! Sebab aku tahu dia bukan jenis mengadap internet 24jam macam aku. Hanya s e k a l i s e k a l a, tu pun harapkan internet kat opis. Jadi manalah ada masa sangat nak meneroka blog-blog yang beratus ribu kot ada sekarang ni. 

Bila dah kedengarannya seperti menyindir, maka aku dengan lantang menjawab... "blog ni macam jenis ada, blog personal, travel, photoghrapy, masakan, resepi. Kalau blog personal, memanglah macam-macam penulis ni akan tulis. Terpulanglah kat penulis tu nak tulis tentang apa pun, personal kan?" Cuba melembutkan nada tapi sebenarnya aku tegas untuk membuatkan dia paham dengan kata-kata aku. 

Ye, aku tahu...blog aku ni cacamarba, macam-macam aku tulis memang yang mengarut je banyak. Tapi, ini personal blog kan? Terpulang kat aku lah. Aku nak tulis pasal aku sarapan dengan megi ke, masak laksa ke, pi pasar malam beli teloq ke... dah aku suka nak tulis macam tu. Kalau hang tak suka, takyah baca lah. (Ambikkkk)

Semuanya gara-gara, dia tanya aku.. pernah baca tak blog honeykoyuki? Aku pun jawab lah...apa tak pernah plak.. kalau dah terlibat dengan dunia blog ni dah tentulah akan kenal dengan blogger femes macam tu, siap masuk paper, majalah. Jadi, dia pun komenlah pasal blog Fatin Liyana tu...entri bagus, cerita tak mengarut, cerita pasal travel, orang berpelajaran, bakal doktor, siap menang anugerah lagi...bla3 dan last keluarlah ayat yang buat aku panas telinga tadi. Itupun dia tahu kewujudan blog Fatin Liyana sebab terbaca dalam surat khabar minggu lepas... kalau tak masuk surat kobar tu gamaknya memang dia taktau pun yang Fatin Liyana tu selebriti alam maya yang sangat femes. Memang aku pun tahu yang Fatin Liyana tu penulis yang bagus, idea mantap, tak mengarut sangat apa semua tapi kalau hang sendiri tak ada blog takyah la komen-komen blog aku macam tu. Cuba support kawan sama. Tak patut la dia nih.

Itu belum keluar lagi pasal Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, Maria Elena dan lain-lain blogger yang femes kat sotkabar, kalau tidak mahu berbakul blog Niza Romli kena sindir dengan dia. Maaf ya kalau tak tersebut nama korang..ramai lagi blog kawan-kawan yang pemes nih. 

Disebabkan telinga aku panas dan tak hilang lagi panas ni... maka terhasillah entri ni dengan serta merta. Kalau koranglah kan... apa reaksi korang? Berdesing tak telinga? ke korang biasa-biasa je layan cakap dia?


14 comments:

  1. lumrah hidup... orangkan tak boleh tgk orang lain berjaya.... sedangkan diri sendiri pun tak kemana² sbb asyik nak kritik jer....

    ReplyDelete
  2. Ada certain blogger femes yg sy tak suka nak baca. Tapi tak perlulah sy nyatakan kat sini sape. Tapi most of them sy cuba jauhkan diri. Hahahahaha....bukan apa. Mrk juga mcm kite. Cerita pun bukan selalu berilmiah. Malah, more to personal gak. So, takde sebab yg kukuh utk kite rs down dgn comparison mcm tu. Rileks! Awak punye blog adalah sgt cool dan sy terhibur bile bace. Sumtimes, blog personal membuatkan stress sy ilang sbb ianya lite. Klu hari2 nak layan blog ilmiah, baik sy baca buku teks je kan? Hahahah. Bukan memperkecilkan blogger yg more into ilmiah punye entri. Sy kagum dgn prinsip diorang. Tp mcm yg sy ckp, sumtimes dlm life kite, kite perlukan entertainment. Hiburan.

    So, chill kawan. Kutip balik semangat awak yg hancur berkecai tu. Kuatkan ia kembali sekuat besi keluli. Cewah!

    ReplyDelete
  3. Pernah juga ditegur rakan rapat soalan dan teguran dan sindiran pedas mcm ni, tapi sy jawap je.."berblog ni bukan nak femes,bukan nak kaya, bukan nak mengada-ngada,bukan juga nak tunjuk pandai"...niat cuma nak berkongsi,dan cari rakan juga mengisi masa lapang..

    Sabar je lah Niza..^_^

    ReplyDelete
  4. rilek wei..nama pun blog ang kan bukan blog dia pun so suka hati la kita nak tulis apa ye x? aku satu prinsip aku " blog aku cara aku" korang ada mata korang tengok korang ada telinga korang dengar korang ada akal korang pikir. lagi satu rasa nya kawan ang tu x de apa nak di cakapkan kot tu yang dok kondem orang je

    ha kan dah keluar karangan darjah 1 aku dah

    ReplyDelete
  5. dia tu umpama bahan ujian..nk tgk kita sabar ke tak..mmg kurang sabo le kalo berkait dgn blog2 ni..alhamdulillah laa niza jawab elok2 dah tu..menunjukkan kita ni blogger berhemah kan...bio la tak pemes pun kan..mana tau niza romli plok masuk suratkabo nt..baru dia taww..mesti dia nyesal tak buat blog..hehe :)

    ReplyDelete
  6. eh, lama sangat ke is xdatang sini, macam dah lain je blog ni (^___^)

    ReplyDelete
  7. tadi tu, is komen dulu, baru baca... ni nak komen selepas baca pulak : kalau is, panas jugak...hehe

    ReplyDelete
  8. eh sibuk jer kan...kito punyo suko la kan....

    ReplyDelete
  9. Hahahahha.. dah dapat idea buat entri...kan bagus....
    Nasib baik tak kena macam tu..setakat ini kat tempat kerja ramai berminat nak buat blog..aku malas nak ajau..leceh

    ReplyDelete
  10. pedulikan kata-kata orang......kita pun dah kena banyak kali dengan orang macam nie....suka hati kita la kan blog kita...suka baca, tak suka tekan x jer..kan senang....

    jgn sedih2 tau..:)

    ReplyDelete
  11. blog fatin liyana tu pun blog personal jugak..suruh dia baca post2 lama blog tu..peliknya manusia gitu..dia mungkin ada sakit hati apa2 dengan kamu kot..:P

    ReplyDelete
  12. eleh dah bese dah dgn komen org tade blog nih,...FL punya blog dulu2 pon mengarut, sejak retis baru dia up sket entry retis...

    ReplyDelete
  13. dah takder blog nk cakap banyak..ni orang macam ni entah esok lusa tahu2 dia ada blog pulak ni..ahah..bajet nak jadi femes macam FL la tueww..cuba buat blog dulu la nak tahu idea dia tu bagus ke tidak..masing2 ada style sendiri nak menulis terpulanglah kan..kasi lepuk sikit dia tu kak..haha

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D