17.4.12

Powder Datse Lollen vs Telur Ayam Kampung

Hari ni aku ambik cuti satu hari, ada hal yang nak diuruskan di pejabat Imigresen Seberang Jaya. Tapi aku bukan nak bercerita pasal apa dan kenapa aku nak kesana. Moh, baca terus perenggan di bawah ni.

Mentua aku ada belikan satu jenis serbuk yang bertajuk(?) 'powder datse lollen' tapi aku tak faham maksudnya sebab yang lain semuanya di tulis dalam bahasa arab. Mentua aku beli masa kat Mekah bulan lepas. Menurut kata mama, serbuk tu perlu di makan bersama telur ayam kampung (mentah) dan juga madu! Fungsi dia? untuk mudah hamil kot.

Mendengarkan telur ayam kampung je aku terus 'eeyekkk' tapi bukan depan mentua akulah. Biadap kot. Dah lama aku simpan je powder datse lollen tu. Takda nafsu nak makan pun. Tapi pagi tadi, aku terasa nak cuba memandangkan aku baru turunkan bendera merah. Hehe. Mama kata elok makan waktu-waktu gini.

Mama kata lagi, kalau dah lalu jugak nak telan telur ayam kampung mentah-mentah tu...rendam sekejap telur tu dalam air panas. Biar dia masak separuh. Jadi, aku pun buatlah..sebijik untuk aku, sebijik untuk abam. Aku pecahkan telur tu dalam mangkuk kecil, pastu masukkan sedikit serbuk powder datse lollen dan satu sudu teh madu! 

Suami aku kalau telur rebus separuh masak tu memang santapan dia lah pagi-pagi tapi bila kena kat telur ayam kampung ni aku tengok muka dia macam geli-geli je bila nak telan telur tu. Aku suruh jugak dia telan dulu...sebab nak tau apa rasa dia. Lepas telan tu aku tanya dia..'sedap dak?' Tapi dia tak jawab, menonong je jalan pi kat ruang tamu. Tiba giliran aku nak minum, dia pesan jangan hidu2 jangan bau2 telur tu telan terus je. Alamak! kalau dah cakap camtu memang tak sedap la.

Tapi serius cakap, masa aku nak telan telur tu rasa geli, takut, ketaq2 pun ada. Macam la kena paksa telan racun, kan. Sampai macam tu sekali takutnya kat telur ayam kampung. Hehe.

Aku picit hidung kejap2, bismillah dan niat dalam hati kemudian terus tuang dalam mulut. Ya Allah, rasa hanyirnya kat tekak ni, terus telan air oren yang memang dah stand by kat sebelah. Lepas tu mula dah uwekk.. uwekk. Suami aku berlari ke dapur tanya aku muntah ke? Tapi aku tahan tak muntah pun, cuma geli rasa hanyir kat tekak tu je. Seminggu 2x tau kena makan telur tu. Harap-harap berbaloi lah ye. Doakan ;)


Okelah, nak bersiap-siap pulak nak keluar pi kedai gambar. Jumpa lagi :D


29 comments:

  1. ooo..yang serbuk ni..ada dalam entry lama akak dulu..bau dia kuat jugak serbuk ni tp kak ipar pesan minum ngan susu tambah sedikit madu..kak ipar pn sampai ke la takdak anak lagi..tp murni hati dia, bg try benda ni sama2...Insya Allah niza, ikhtiar selagi termampu yea:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..mmg kuat bau dia kak. mmg tak lalu pun nak telan..tapi terpaksalah. ikhtiar je selagi mampu kan kak.. :)

      Delete
  2. hehe..xtau plak psal serbuk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun 1st time tgk serbuk ni.. :D

      Delete
  3. huhuhu.. tetiba rasa kembang tekak.. ayam kampung x mkn.. ape lagi telurnya.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kembang jugak tekak ni tapi itulah..terpaksa. kena kuncupkan jgk tekak ni..heeeee

      Delete
  4. owh tak pernah pon try telur ayam kampung..kalau kat kampung tu masa kecik2 dulu jumpa je telur ayam kat bawah pohon serai kami pakat2 pecahkan telur tu sebab nak bagi mak ayam tu mengamuk..kalau tahu kelebihan khasiat die memang taklah suka sangat nak pecah-pecahkan telur dier..huhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oii..kejam betoi hang eszyamin..
      marah mak ayam tu...huhuu

      Delete
  5. ni serbuk debunga kurma..

    uih..payah gak cara nak mkn tu..kena kuat mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tu ke nama dia kak ujie..
      Akk dah pernah cuba blm serbuk ni?

      Delete
  6. Baru tau serbuk nie....semoga segala ikhtiar berhasil yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mudah-mudahan :)
      terima kasih..

      Delete
  7. smue orang doakan akak kn..bestnye idop..

    same la jugak ye kak niza oii..good luck.jgn putus asa ye.smoge ikhtiar mmbuahkn hasil..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      terima kasih kpd semua..kpd fik jugak :)

      Delete
  8. Erk, sy pun br tau serbuk ni Niza..tul ke nak beli proton preve tu, nanti update gambar ye haha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..takdalah elih. Kan dah kata..baru nak berbincang a.k.a pujuk cik abam. bertuah sgt la klu dia setuju :)

      Delete
  9. Mcm2 eyh makanan2 yg baik dr mekah ni..dulu igt mak sdara bwk blik buah zuriat dr sana bg kat kakak yna..dia pn sme takde rezeki lg..dah 11thun kawin..blum ada rzki..haritu dia call bgthu kawan tmpat krja dia yg 10thn jgk kwin da prgnant..teruja dia..hehe..takper kak niza usaha 2 yg pntg..smga Allah kabulkan niat suci akak n suami..aameen..dapat baby comel cam amni 2 yeay!heee

    sedap bw time magrib 'cuti2' ni..kui2

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..mekasih yana. Mudah-mudahan lah kan.
      tapi itulah, bila dgr ada kawan2 yg pregnant ja..kita pun kalut nak la la tu jugak. Dugaan..sabar jelah.

      Delete
  10. mudah-mudahan berbaloi la ye..Insyallah.

    ReplyDelete
  11. xpenah jumpa serbuk tu dan xpenah cuba ayam kg nyaaaa
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot kawen nanti boleh la merasa..haha

      Delete
  12. kak....bila nak try mona vie?hehe
    kami dah hbis minum...tak tau nak cari kat mana...

    **kak mcm mana pasang reply komen cegini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jumpa pun mona vie kat sini? kat mana lagi ada jual? nak gak try :)

      #reply komen eh? senang je..camni..
      pi kat Setting-Comments dantandakan dekat *embedded below post.
      camtu je pon :D

      Delete
  13. slm tn tanah....kita pun penah mkn tuh....semoga bjaya erk...lg 1 try la set sendayu tingi utk pegnen (murah byk drp biodex), juga jus bidadari. tp jgn try sebotol, abis trs stp krg2 try 3-4bln dlu...lg1 hemeopati pun elok..ry la yer gud luq..sya doakan niza pegnen amin

    ReplyDelete
  14. Salam, saya pun ada makan ni. Sy rase kotak tu typo, sepatutnya powder date pollen. Menurut mutawif yg beritau sy, org arab memng makan serbuk bunga buah kurma utk tambah kesuburan. ada banyakk research dibuat psl ni yg sy jumpa. Sy pun sedang mencuba. Kita sama2 berusaha & berdoa ye..

    ReplyDelete
  15. Salam, saya pun ada makan ni. Sy rase kotak tu typo, sepatutnya powder date pollen. Menurut mutawif yg beritau sy, org arab memng makan serbuk bunga buah kurma utk tambah kesuburan. ada banyakk research dibuat psl ni yg sy jumpa. Sy pun sedang mencuba. Kita sama2 berusaha & berdoa ye..

    ReplyDelete
  16. Salam, saya pun ada makan ni. Sy rase kotak tu typo, sepatutnya powder date pollen. Menurut mutawif yg beritau sy, org arab memng makan serbuk bunga buah kurma utk tambah kesuburan. ada banyakk research dibuat psl ni yg sy jumpa. Sy pun sedang mencuba. Kita sama2 berusaha & berdoa ye..

    ReplyDelete
  17. Salam, saya pun ada makan ni. Sy rase kotak tu typo, sepatutnya powder date pollen. Menurut mutawif yg beritau sy, org arab memng makan serbuk bunga buah kurma utk tambah kesuburan. ada banyakk research dibuat psl ni yg sy jumpa. Sy pun sedang mencuba. Kita sama2 berusaha & berdoa ye..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D