23.4.12

Segelas Susu



Kalau cik abam ada kat rumah, confirm tiap-tiap malam kena minum susu. Susu tepung. Paling aku tak suka pulak tu. Atas sebab-sebab tertentu dia suruh jugak aku minum dan selalunya dia sendiri akan bancuh susu tu. Kalau harap aku bancuh sendiri memang taklahhh. 

Tapi malam ni laju je aku habiskan segelas susu tu. Hairan dia. Memanglah cepat habis...sebab aku tengah selsema teruk, makan pun tak rasa apa, hidung tak dapat bau dan MULUT PAYAU. Huhu.

#Kan bagus kalau time nak kena minum susu je mulut tetiba jadi payau. Otometik. Keh3



15 comments:

  1. eee...dap la kak susu tepung bancuh sndiri tu...saya dr kecik amalkan sebelum masuk tdo...dulu ibu mmg suka buat susu untk kami adek badek...susu dutch lady, pastu skrg dh boikot produk dutch, kitorg minum susu tepung fernleaf

    ReplyDelete
  2. sama lah kita! ta suka susu! haha. padahal bnyk khasiat kan?

    ReplyDelete
  3. azzah pun tak leh telan susu putih tapi kalau susu cekelat cepat habis..

    ReplyDelete
  4. bagus minum susu ni tp dah lama tinggalkannya..sedapnya
    susu stoberi hihi :)

    ReplyDelete
  5. sy leni mnum fernleaf kuat. haha. sstgh org mmg x ske susu. tp byk khasiat wehhh. tulang pun kuat. klau pmpuan elok bnor mnum utk elak osteoporosis.

    ReplyDelete
  6. sy tak tahu minum susu sis,tak tahu napa.tapi coklat susu minum pula.hehehe pelik2

    slmt mlm^^

    ReplyDelete
  7. kak,bestnya hubby bancuhkan,hehehehe

    tapi kan eka suka susu,susu tepung ke ape ke..susu ni kalau kita minum sebelum tidur,boleh buat kita tidur nyenyak.hehe

    ReplyDelete
  8. susu memang bagus diminum sebelum tidur... sebenarnya ia membantu kita tidur dengan lebih lena :)

    ReplyDelete
  9. Campur milo sikit. Sedap heheheeeee semoga cpt sembuh.

    ReplyDelete
  10. susu tepung ratah saja pung best k.niza...hehe

    ReplyDelete
  11. Klu tak lalu susu tepung, ape kate lyn susu Good Day! Lyn!

    ReplyDelete
  12. Kak Nurul minum susu tp kadang2 bila rajin...

    ReplyDelete
  13. akak suka minum susu..dah biasa dolu2 tiap mlm mak bg minum susu tepung tu kat kami adik beradik. skrg akak minum fresh milk dutch lady. akak rasa ia lg sedap dari susu tepung.

    *terbalik dgn akak, akak la yg puas pujuk suami minum susu. Dia betul2 geli minum susu.

    ReplyDelete
  14. kalau susu tepung saya tak lalu...tapi kalau susu dalam kotak tu boleh...

    ReplyDelete
  15. saya tak suka susu tepung..tapi lau susu pekat manis,lemak berkerim ,suka la

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D