17.4.12

Tunai tanggungjawab..kah?

Alhamdulillahhh, rasa legalah sangat bila dapat balas komeng-komeng kat entri sebelum ni, jalan-jalan kat blog kawan-kawan semua  dan dapat komen sekaliguih. Rasa tertunai dah tanggungjawab tu. Kalau tak balas jejak tu rasa macam bersalah je. ye dop? Yelah, 2, 3 hari ni rasa macam sebok sangat sampai takdan nak pi jengok blog kawan semua kan. Apa yang sebok sangat pun taktaulah aku... so peliks. :B

Hari ni dah kebetulan pulak aku cuti, barulah ada masa untuk blog ni. Kat opis sekarang, dah tak boleh nak ber'online sangat dah time kerja... bukan kena komplen ke apa tapi sekarang kan aku dah ada pembantu jadi taknaklah tunjuk contoh tak baik tu..nanti dia terikut2 pulak cara aku. Susah nak ngajor bebudak sekarang ni..tambah-tambah budak baru, keras kepala susah nak tegur, bila suruh photostate surat pun tarik muka. Dah orang baru kan, servis pun setahun jagung orang kata dah pandai melawan cakap dah. Kena lah sopan sikit, dengar cakap. Ini takk, nak ikut cara orang lama...mana bolehhhh. Haihhhh.

Jadi masa mananya nak online time keja? Haaa..kenalah tunggu time rehat, masa dia keluar pi makan. Aku biasalahhh, malas nak keluar tengahari...panas, kirim jelah. Haha. Gigih tak aku? Nak tunjuk contoh yang baiklah kononnya tu.. padahal diri sendiri pun tak betul. Haha! Eh, dah melalut kelain plak dah.

Lupalah nak cakap terima kasih kata Yana sebab post hadiah untuk harijadi bulan lepas. Ada jugak blogger baik hati macam prettywriter ni...Terima kasih sekali lagi Yana, hari tu pun dah sms kat yana ucap terima kasih. Banyak-banyak kali ucap terima kasih pun takpa kan....jauh tu dari Kelatam sana mari. :D

Terima kasih jugak kat cik abam sebab bagi hadiah yang ke2 ni. Weeeeehuu! seronok. Love it!



21 comments:

  1. untungler, dapat birthday present dari blogger.. :)

    ReplyDelete
  2. Waktu dkna masuk keje dulu, apa bos suruh semuanya buat. Hehehe tak bantah walaupon kene buli dengan bos.

    Opppsss,semoga dipanjangkan usia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? sama lah mcm sy..apa org lama suruh buat..ikut je. Sbb pikir kita ni org baru, tunjukkan sikap yg baik.

      Delete
  3. tau xpe...rasa bersalah giler kalau terlepas pandang sesetengah blogger...bukan xnak lawat dorang,tapi sebab kekadang focus group terlalu besar,pasal tu ada tendency untuk terlepas pandang... >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..bukan taknak melawat tapi kdg kita sendiri pun kalut...bila ada masa sesuai je br leh reply @ melawat.

      Delete
  4. kesian kan kat kawan2 blogger kalo meka rasa diabaikan..tp mostly semua mesti faham org pn ada komitmen lain..

    wow best nye niza dapat berlian... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tau akk memang sorg yang memahami..hehe

      *Xda berlian pun kak ;D

      Delete
  5. Org muda yg msk kerja skrg nie x sama lg mcm org2 lama.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..boleh dikatakan lah org skrg tak macam org dulu2.

      Delete
  6. Sy klu tak dpt msk blog kwn n komen, mst rs bersalah. Nape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya kita menghargai diorg tapi dah kita sendiri pun takda kesempatan, sbb tu ada rasa bersalah tu..kot, kan? heee

      Delete
  7. Happy belated birthday niza..:)

    ReplyDelete
  8. Haha..bagus niza..kepimpinan melalui teladan!

    Bahagia rasa bila ada kwn yg tak penah jumpa sudi kirim hadiah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ikut akk la sbb akk kawan yg bagus :0

      Alhamdulillah, rezeki. Baik hati semua kawan2 blogger ni kak.

      Delete
  9. ahah gigihlah akak..sampai curik masa rhat untuk bw kan..memang respek la..yana pun time rehat jarang keluar..dah makan pagi cukuplah..hehe..
    owh sama2 berkali2 kak..ahah..hadiah tak seberapa..

    ReplyDelete
  10. salam kenal ..


    http://obat-kanker.acepsuherman.biz/obat-herbal/obat-kanker-payudara/

    ReplyDelete
  11. sy tak bz mana pun sis,cuma mood nak update tu takde langsung..tak tahu napa..

    untunglah cik abam syg.hehe

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D