29.5.12

Gambar Terlampau Selekeh beserta keterangannya

Keterangan gambar 1: Ini barang-barang yang saya (tetiba sayalah pulak) nak bawak pi kursus nanti. Dah siap packing tapi tak siap lagi ni, ada sebuah beg lagi. Oke, itu semangat! Semangatlah sangat mula2 nih, dah sampai sana mulalah hati ni kendur bila ingat laki kat rumah. Oke, didalamnya ada megi, ada nestum, ada 3 in 1,  ada biskut (sebut benda makan je) dan ada macam2 lagi, segala maknenek aku angkut bawak pi. Stok untuk 2 bulan setengah.  Dah desas desus aku dengar kem kat Bentong tu jauh dari bandar. Jadi aku sumbat la apa yg patut aku bawak, kira-kira takyah dah la sebok2 mintak izin keluar kat JL pegi bandar nak beli barang lagi kan. Eh, nampak tak kayu@batang tu? Oke itu tongkat sakti aku...bakal beraksi bersama, yang akan aku kepitkan dia kat celah ketiak di Padang Kawad yang sudah tentunya dibawah matahari yang panas lik2 itu. Oh, tidakkkk! kulit muka bakal terbakar tak lama lagi. Bila buka tudung maka nampaklah muka belang. Sabaq jelah. Alamak! lupalah...Ramadhan pulak time tu. Bertabahlah kita wahai skot2 sekalian.
Keterangan gambar 2: Yang ni kapsyen tak panjang sangat kot macam kat atas. Ini beg untuk ke Singapore malam esok. Satu untuk aku, satu untuk cik abam. Beg kecik2 sudahlah, padanlah dengan 3 hari je kan. Perasaan ni lebih teruja lebih seronok nak pi kursus dari nak pi bercuti sebenarnya tau. Jujur. Awat tak tau jadi lagu tu! Jangan2 dah sampai singapore, takmau balik dah. Haru!
Keterangan gambar 3:  'Perempuan dan kasut'. Agak-agaklah, kalo boots tuu rasa tak patut ngat nak pakai pi jalan-jalan. kan. Kasut2 ni untuk kursus. Yang siap bungkus macam hantu bungkus tu, spike boot yang dah siap dikilatkan. Jadi kenalah bungkus dia sebab satgi bila kena angin kipas, habuk dia jadi kelabu plak. Tak larat ahh aku nak tonyoh banyak kali. Yang kat luar dua tu belum dikilatkan lagi, baru lepas jemur tengah panas siang tadi. Nak kilatkan kasut pun ada caranya tau. -Apapun,biarlahrahsia- aHaa! yang dalam beg hitam tu memang penuh dengan kasut kasut kasut kasut jalan2, kasut kerja 2 pasang, kasut sukan 2 pasang dan selipar jepang pun 2 pasang untuk pi jamban satu pi bilik mandi satu. Itu jenis aku dahhh. eheh!
Keterangan gambar 4: Ini habuan lepas letih buat kerja. Pagi2 buta camni -pukul3-dah-weh- tetiba tekak ni mengada2 nak minuman panas.  Layankan jelah, asalkan siap entri ni. Heee. Macam dah takda siang kan? Ingat... Esok belum tentu ada!

23 comments:

  1. nak eca tolong kilatkan kasut skot?.hehehe :P

    ReplyDelete
  2. wah.. berkursus bulan ramadhan ke? mencabar ni (^___^)

    ReplyDelete
  3. Wah..banyaknya barang..takpe..bawa apa yg patut..kalau tak cukup nanti kan..

    ReplyDelete
  4. macam nak balik asrama pun ada

    hehehe

    ReplyDelete
  5. wow..bole thn byk brg nye kak.haha

    ReplyDelete
  6. akk kursus apa kena bawak boot cm tu.takutnya tgk.

    ReplyDelete
  7. Selamat berkursus. Sungguh ketenteraan.

    ReplyDelete
  8. pheww banyaknya barang kak..dah tugas kan bulan puasa pun kena tabah :)selamat berkursus eyh..

    ReplyDelete
  9. selamat berkursus. jgn nakal nakal

    ReplyDelete
  10. Teringat mcm nak balik kampus je. Hahahah!

    ReplyDelete
  11. wah lamo jugak berkursus yer....

    ReplyDelete
  12. wah selamt berkursus niza...selamat bercoti :)

    ReplyDelete
  13. selamat berkursus ..dan bercuti!! 2 in 1

    ReplyDelete
  14. kak...mcm nk lari dari rumah je..!!


    kira 2bulan lebih x on9 laa ni..? ke cmne..?

    ReplyDelete
  15. lama kak kursus..berkobar2 tu akak...hehehehehehehehe

    waaa singapore...bestnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  16. akak da pegi kursus tu ke?xsmpat le nk ucap gudbai n gudlak..smoga balik nnti jgn hitam sangat..hihi

    ReplyDelete
  17. lama x mai sini..apa habaq org sekampung?? =)

    ReplyDelete
  18. kak, spender tertinggal ke?takde pon sepender dalam gambar?

    ReplyDelete
  19. bapak byk barang dengan2 softlan pun dia angkut sekali

    ReplyDelete
  20. Lamanya kursus, lama jugak tak bkunjung ke sini..baru je habis cuti semalam hehe..selamat bkursus k

    ReplyDelete
  21. Amacam training Ok....
    singgah mingguan..heheheheh
    kena komen gak..hahha

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D