13.5.12

Hutang. Kes ni jenis takdak duit nak bayaq ka atau memang jenis liat bayaq hutang?

Selesai pun aku langsaikan hutang komen untuk hari ni. Rasa tak sedap hati je kalau tak balas kunjungan orang ke blog kita. Aku rasa macam orang marah aku je. Haha. Perasaan sendiri je yang perasan kot. Tapi bukan kah tu juga melambangkan adat kita orang melayu? Saling kunjung mengunjung, balas berbalas...balas yang baik jelah. 

Bercakap pasal hutang, teringat aku dengan gelagat orang yang berhutang dengan aku. Mula-mula aku redha je dia takmau bayar pun, tapi bila dah gitu pulak kelakuan dia aku jadi nak marah dan geram pulak. 

Ceritanya gini, ada auntie cleaner (non-muslim) kat pejabat aku tu pinjam duit. First time dia pinjam. Mungkin dah terdesak sangat, masa tu belum gaji. Katanya suami dia masuk hospital. Aku ni kira payah jugak nak bagi orang pinjam duit tapi dia ni dah biasa dengan aku dan dah lama kerja kat situ. Kesian punya pasal  aku bagilah dia pinjam. Tak banyak mana pun. 

Dia janji dengan aku nak bayar masa dapat gaji. Tapi sekarang ni dah nak masuk 3 bulan gaji pun dia tak bayar lagi. Bayar ansur-ansur pun takda. Buat senyap gitu. Aku pulak jenis segan nak mintak hutang ni. Kira jenis  kalau hang hutang, hang pandai la bayar balik. Takkan nak kena mintak baru nak bayar. Memang sampai sekarang ni aku tak 'buka mulut' lansung pun kat dia.

Bukan takmau mintak tapi sebab lepas sebulan dia pinjam tu aku bagitau kat suami pasal tu. Pastu suami aku kata, kalau dia tak bayar tak payah lah mintak..anggap sedekah jelah. Jadi, aku pun senyap gitu jelah. 

Tapi aku cukup pantang dengan orang yang pinjam duit pastu 'berat mulut' pulak nak tegur aku. Nampak je kelibat aku terus buat-buat tak nampak, pusing tempat lain lah. Itu aku cukup pantang. Apa salahnya dan nak malu apanya, kalau dah memang takda jugak duit nak bayar..datang jelah kat aku bagitahu memang takda duit nak bayar ke, lambat lagi baru bulih bayar ke atau memang takmau bayar ke.. aku ni jenis boleh bertimbangrasa punya, baik hati pun aku ada la. Ce try dulu baru tau,ini tak nampak aku lari. Tu aku tak suka! Tapi aku boleh sabar lagi.

Aku tak cakap apa pun kat dia sebab ingat pesan suami. Tapi yang buat aku takleh sabar bila sekarang ni dia dah berani buka sendiri pintu pejabat aku sebelum aku datang! dan bila aku sampai je pintu pejabat tak berkunci, lampu semua dah terpasang, bilik bos dah buka, bilik CC pun dah buka, bilik officer aku pun dah buka. Dan seluruh pejabat tu dah siap bersih, habuk atas meja takdak, satu sampah pun takdak!

Mula-mula aku rasa pelik jugak, ingat CC yang datang awal tapi tak. Padahal aku bukannya datang pejabat lambat ke apa. Walaupun masuk kerja pukul 8 tapi pukul 7 kereta aku dah terpacak tau kat parking Markas 2 Divisyen Infantri tu!

Kemudian, baru aku terpikir mungkin dia buat macam tu sebab takmau bertembung dengan aku. Mungkin dia segan ke malu ke dengan aku sebab hutang tak bayar lagi. Memang dah lama aku tak jumpa dengan dia, dok ingat nak bagitau pasal duit tu tak payah bayar. Tapi dia asyik dok mengelak je dari aku. Tak pasal-pasal, dari aku ikhlas terus jadi tak ikhlas dah.

Mana dia dapat kunci pejabat? Kunci pejabat tu memang ada spare kat belakang board dekat dengan pintu pejabat tu. Hanya orang-orang dalam pejabat je tau kunci tu letak kat situ untuk kes-kes kecemasan. Pernah sekali aku terlupa bawak kunci, masa tu pulak aku sampai lewat auntie tu dah tercegat depan pintu pulak..nak taknak aku terpaksa la selok tangan kat celah board tu ambik kunci. Dah tentu-tentunya dia nampak lah tempat letak kunci rahsia kat situ. Hampesss betoi.

Aku nak tunggu sampai esok je. Kalau keadaan dia sama je macam minggu lepas..pejabat dah siap bersih sebelum aku sampai! Aku kena bersua muka dengan dia. Aku kena bagitau yang cara dia tu SALAH! Aku belum bagitau kat officer dengan cc aku lagi pasal tu sebab aku nak siasat sendiri la kononnya. Kalau diorang tau, teruk la auntie tu. Dah dikira ceroboh tu.

Pasal hutang tu memang aku takkan mintak dah. Tapi aku nak dia jujur je. Takyah la lari sampai camtu sebab takda duit nak bayar hutang atau pun memang jenis suka hutang tapi suka nak bayar.

Dari segi berhutang, berterus terang tu kadang-kadang memudahkan urusan daripada lari atau mengelak. Sampai kesudah hidup tak tenang dok pikir hutang yang tak berbayar. 


12 comments:

  1. wahh sampai habis akak baca niza duk beletiaq..tapi ada mesej..meluahkan perasaan geram + kesian kan...tp bahaya la kalo biar lama2 dia ceroboh opis tu...papepun moga semuanya selesai..dia malu muke la tu ..hurmm

    ReplyDelete
  2. kita sama lah kak..housemate eca liat sangat nak bayar hutang...pastu,bila ada duit,boleh pula dia ajak eca kuar....dia tak tahu ke apa,yg eca ne xde duit sebab pinjamkan dia!...grrr.....sah sah bulan depan eca tulis kat board ruma sewa ne senarai bil-bil yang dia xbayar lagi..dah la eca xde duit,dia ajak kuar pula..sakit hati tu!!!!...dia nak bgi eca makan angin je kot kt shopping mall tue.....alahai =.="

    ReplyDelete
  3. aah sah die segan sbb tak bayar hutang.akak try la aproach die.bagi je penumbok kt perut die bg senak sket..haha takde la..

    akak slowtalk kt die.sng cite akak bgtau je akak sdekah kt die..lgpon bkn bnyk pon kn.Allah byr dgn cara lain,forsure..akak dapat more than u give..mb rzeki ade anak ke,bonus raya belipat ganda ke,tak kne saman time speeding ke,etc..anyway,kalo akak cakap camtu,sure die pon tenang xyah bayar hutang..n die takkan mintak ngn akak da pastu..tapi kalo die ngelak akak lg,simbah je acid kt muke die..wahaha..*ok gurau*

    ReplyDelete
  4. alahai auntie...jangan lah main lari2 macam ni...rasa niza kena face to facelah..

    ReplyDelete
  5. cukup geram klu berhutang buat2 lupa ...

    ReplyDelete
  6. hutang kalau dah lama sangat tak bayar tu anggap je hutang lapuk..wah akaun sangat..hutang lapuk bagai..

    ermmmhhh terkadang pelik bila difikirkan, kita yg segan dengan deme sebab dem berhutang..cam saya la kan..saya akan segan nak pandang org yg berhutang dgn sy sebab takut dia segan dgn kita..pelik sgt lah..tapi bila wat camtu bkan dia nak pepandai langsaikan ke hape..buat derrkkk jer..tapi kalau dah makan masa bertahun tu saya pon dah malas nak dok pikiaq sanagt..halalkan saja..kalau die datang nk bayar, terima saja..kalau xnk takper..ini untuk kes htang yag below seratos yer..lebih seratos usah harap nk dpt pengampunan..hahah..juz kidding..

    ReplyDelete
  7. betul la..
    kalau lari2 lagi kita geram..
    sekarang pun benda ni jadi kat akak..
    hutang 1k..
    lepas 8 tahun akak jumpa dia kat fb,...dia boleh buat2 tak kenal akak ni..
    selama ni ingat nak ikhlas kan je..tapi sebab dah buat2 tak kenal
    mula la nak tumbuh tanduk ni.

    ReplyDelete
  8. Sampai habis saya baca entry ni. Selingkar kisah masyarakat. tentang manusia yang cuba lari dari hutang, dimana-mana ada.

    ReplyDelete
  9. hutang budi je dibawa mati...lain kena bayar blik...

    ReplyDelete
  10. uish kalo cakap pasal hutang ni memang sakit..banyak orang berhutang manis berjanji bila nak dah dapat buat2 lupa pulak..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D