7.5.12

Jagung tu kuning!

Pagi sabtu baru ni, elok je aku sampai kat tempat letak kereta kat blok perumahan pegawai dengan tujuan untuk ber-aerobik bersama seluruh penghuni blok tersebut tiba-tiba mak call. 

Mak tanya nak balik ke tak? Sebabnya mak kata kalau nak balik, mak nak ambik jagung kat kebun. Kalau tak balik, mak takmau la petik lagi jagung tu. Petik ke untuk jagung? 

Tapi sebagai anak, semestinya aku tahu 'ada rindu disebalik call' tu kan? Padahal aku selalu je balik. Itulah mak kita kan. Sayang sama yu mak.

Lepas habis aerobik kat Penang aku pederaihhh balik Kulim. Sesekali dapat jemputan untuk buat senamrobik kat blog pegawai tempat kerja, rasa macam best jugak. Boleh bermesra-mesra dengan bini-bini depa jugak. Alah, sebulan sekali apalah sangat nak berkira dengan tol jambatan untuk hari minggu yang takleh pulak nak claim kan? Uhuhu. "Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas" Ingat sokmo cogankata KBS.

Sampai rumah aku bagi ayat pelali sedasss kat cik abam. Hehe. Lagipun dia suka jagung, lagi-lagi ketupat jagung. Aku mintak nak balik esoknya je hari ahad. Sekaaaali dia bagi aku balik tidoq kat umah mak. Itulah aku dah kata, mintak betis dapat lutut sekali. Apalagi? pantang dapat lampu hijau dari cik abam, cepat-cepat aku bungkus kain baju balik kampung petang tu jugak. Suami aku kerja, jadi sorang-sorang pun aku redah balik ikut jalan lama.

Kulim-Padang Meha-Merbau Pulas-Kuala Ketil-Bukit Selambau-Jeniang-Jeneri dan last sekali kampungku Kg Betong! Pehhh hilang penat bila tengok mak ayah tapi bila malam sebok dok bergayut dengan cik abam. Rindu pulak dahhhh! Haha.

Bukan taknak ikut highway Sg Dua - Gurun tapi rasa macam jauh je nak pusing ke Sg Dua tu ikut highway BKE. Buangduitt nak bayar tol lagi kan. Tapi kalo aku balik malam sorang-sorang memang naik highway la. Seramlah malam-malam nak ikut jalan lama. Gelap gelemat.

Santapan untuk cik abam malam ni. Bubur jagung campur kacang hijo. Malam esok cucoq jagung, malam lusa puding jagung, tulat bengkang jagung, tungging nasi jagung. Eh? 

#Memang time menyahtinja ni keluar jagung jelah. Haha. 

18 comments:

  1. Fuh, syok la makan jagung. Tapi klu badan tak kalah dgn angin jagung, ok la. Sy nie klu mkn jagung, mulalah perut naik kembung. Tp sy suka makan. Alahai...

    ReplyDelete
  2. kalau saya ada kat umah kemarin nak jugak eskot p kg betong...nak culik gak jagung buat cucuq...sedap...kalo bubur jagung x makan...

    ReplyDelete
  3. peh sedap... hari2 resepi jagung eh sis..hehe

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya...tapi air tangan mak yg paling sedap tu kan...

    ReplyDelete
  5. akak tak penah msk bubur jagung + kcg hijau. ni baru tau..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya bubur jagung,byk yea jagung bawa blk dr kpg tu yg resepi semuanya berasaskan jagung....

    ReplyDelete
  7. wahhhh sedap nya bubuq jagung.akk ni buat saya terliur je taw.blog akk pon dh lain.

    ReplyDelete
  8. kat kmpung memang ada ladang jagung ke? best la boleh petik yg fresh!

    ReplyDelete
  9. bubur jagung sedapppppp
    haha

    ReplyDelete
  10. wah ada mbak tingin jagung mesia itu...sedap nya jagung..peberet taww..akk ske makan dgn keropok..felik tak :)

    ReplyDelete
  11. suke bubur macam ni.. masa kenduri mesti kat kg mesti mak masak...

    ReplyDelete
  12. hahah..
    suka jagung jugak ke??
    selera sama la..
    kalau pi pasar malam wajib la beli jagung.

    ReplyDelete
  13. salam kenal,

    ketupat jagung? 1st time dengar.
    Paling suka makan jagung bakar pasar malam..terbaekk
    tapi jagung tanam sendiri mesti lagi best kan..mesti manis aje

    ReplyDelete
  14. nampak sedap giler. .. woohoo xD

    ReplyDelete
  15. hahaha semua jagung eyh menunya..musim2 hujan ni sedap makan manis2 macam ni k.niza..

    ReplyDelete
  16. jagung bakaq tak dak ka?

    ReplyDelete
  17. Jagung 0h jagung ! minggu ni malang nasib mu hahaha ^_^ jagung tu kuning

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D