27.5.12

Kerabu Kaki Ayam | Kerabu Sotong

Tengok tak Jalan Jalan Cari Makan tadi? Macam-macam jenis kerabu diorang makan. Cukup menyelerakan. Tapi ada dua jenis kerabu yang buat aku betul-betul terlioq dah nih. Kerabu kaki ayam dengan kerabu sotong. Kaki ayam tu memang feberetlah. Perghhh mesti sedap gila. Kerabu kaki ayam tu aku pernah makan dah sekali kat Wangsa Maju, memang mabeles lah rasa dia sebab ada hirisan bunga kantan. Cuma kerabu sotong je belum pernah cuba. Lepas tengok tu, aku terus google resepi. Nak try la nanti..tapi bukan hari ni lah, hari ni cuti masak.


Bahan-bahan:
½ kg isi kaki ayam - direbus
3 batang serai
5 biji cili padi
2 batang bunga kantan
5 ulas bawang merah
2 biji buah tomato
1 biji bawang besar
125ml cuka
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air limau nipis secukupnya

Cara memasak:
1. Masukkan isi kaki ayam, serai, cili padi, bunga kantan, bawang merah, tomato dan bawang besar ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan cuka, air limau nipis secukupnya, gula dan garam secukup rasa. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam bekas hidangan dan sedia dihidangkan.



Bahan-bahan:
10 ekor sotong sederhana besar, dipotong dan rebus sekejap.
5 biji cili padi* 
sedikit belacan goreng*
1 btg serai*
(*semua ni dikisar halus)
1biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato sederhana besar dipotong dadu
beberapa helai daun kesum dipotong halus
1 batang bunga kantan dipotong halus
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan 
2 biji limau nipis 
Cara-caranya, campur dan gaul jer semua bahan diatas.

# Cuba jangan tak cuba. Dok lap ayaq lioq je ni. :P

10 comments:

  1. tak bape suka sgt kerabu2 ni
    tapi kan, nasi kerabu best

    hehehe

    ReplyDelete
  2. saya suka kerabu sotong..:)

    ReplyDelete
  3. nak try jugak nanti... minta izin nak amik resepi ni jugak...

    ReplyDelete
  4. Blm penah try sume tu..tak tau suka @ tak.
    tp kalo kerabu mangga mmg sukalah.

    *eh..sotong tu takyah msk..

    ReplyDelete
  5. nak kerabu sutum gak....tp dua2 best ni..

    ReplyDelete
  6. sodap sumer kabu ni kakkk..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Tak suka makan kaki ayam..
    Kerabu sotong tu nampak sedap..
    ada masa boleh cuba nanti..^^

    ReplyDelete
  8. lapar pulak tgk ni.. hehe

    ReplyDelete
  9. mmg mabeles lah !

    DJ cun ngorat aku .http://gilamodified.blogspot.com/2012/05/autoshow-karnival-beruas-bersama-rtm.html

    ReplyDelete
  10. Erkkkkk! Saya tak makan kaki ayam! ahaha

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D