11.5.12

Sahabat

Horace Mann, dalam salah satu tulisannya ada menyebut, 
"Tidak berbuat apa-apa sesama manusia sama dengan meniadakan diri sendiri. 
Kita perlu bersikap baik dan murah hati, sekiranya tidak, kita mengabaikan bahagian 
terbaik dari kewujudan kita. Hati yang melampaui dirinya sendiri menjadi lebih besar dan penuh dengan kegembiraan. Inilah rahsia besar kehidupan batin. Apabila kita membuat sesuatu yang baik sesama manusia, kita sudah menguntungkan diri kita sendiri."

Ayat ni ada kena mengena dengan seseorang yang sudah lama bergelar sahabat atau lebih tepat rakan seperjuangan aku sejak tahun 2002 hingga kini. Memikirkan sisi hidupnya kini yang agak suram, sedikit sebanyak turut mempengaruhi hati dan perasaan aku sejak 2, 3 hari lepas. 

Walaupun dia tak 'buka mulut' tapi aku dapat menyelami segenap ruang perasaan dia. Nama pun sahabat kan? Apatah lagi kami pernah hidup membujang bersama-sama di dalam satu bilik selama 7 tahun! Sebelum masing-masing membawa diri ke gerbang perkahwinan sejak 3 tahun lepas. 

Segala suka duka dikongsi bersama. Tak cukup lengkap dan tak cukup rasa pahit manis dalam persahabatan sekiranya tak ada 'masam muka, bergaduh, kecil hati, marah, meluat, geram, iri hati, cemburu, dengki dan paling teruk, putus kawan tapi kemudian berbaik semula dan saling memaafkan!' Itu kenangan terindah bagi aku. Ajaibnya pengalaman itu membuatkan kami saling menghormati sehingga kini. Kami sentiasa kekal sopan bila bercakap. Panggilan Kak Niza untuk aku dan Nor untuk dia. Beza umur hanya setahun.

Semua tu pernah terjadi antara kami berdua. Masakan tidak? 7 tahun bersama. Ia cukup mematangkan kami. Ia juga cukup untuk aku memahami gelodak perasaannya ketika ini. Dari riak muka, bahasa badan dan yang paling ketara personaliti dia. Sangat berbeza. Dia bukan yang aku kenal dulu. Seorang yang ceria, suka ketawa, suka bergaul berubah menjadi pendiam! 

Aku tahu dia sekarang dalam dilema dan ada masalah kewangan.....................................................


7 comments:

  1. kawan yang sejati tidak akan senang melihat kawannya bersedih... dia juga akan turut bersedih! :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 ada org tak suka kongsi masalah..

    ReplyDelete
  3. Kawan adalah yang terbaik daripada awek2 wa.. Kecuali isteri wa.. Hehe.. =)

    ReplyDelete
  4. kawan adalah member. . ohoii. .
    siapa dia yang nangis dengan kita itulah dia member sejati.

    ReplyDelete
  5. sahabat sejati menerima kita seadanya.tak perlu wang ringgit mahupun kecantikan bagi mereka..
    and I miss my bestfriend.Dia da tenang disana...genap sebulan dah pergi... :(

    ReplyDelete
  6. ni betul2 sahabat! cubit peha kanan, yg kiri pun terasa.

    ReplyDelete
  7. bila ko ckp pasal sahabat kakak, aku teringat lagu ShielaOn7 - Sahabat Sejatiku :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D