23.5.12

Semak kepala

Harap sangat minggu ni berlalu dengan cepat. Tapi makin harap makin lambat. Memang tak boleh harap! Semak betul la kepala ni. Lagi tak sampai hari jumaat, lagi tu lah kepala ni dok semak semace jah. Selagi tak lepas hari jumaat, selagi tulah tak boleh nak packing kain baju samada packing untuk pi bercuti mahupun kursus! 

Oh ya, maafkan aku sebab asyik ulang benda yang sama je untuk seminggu dua ni. Cuti, kursus. Kursus, Cuti. Cuti cuti-kursus kursus. Muak kan? Takpalah, itu je modal yang aku ada nak buat entry. Kalau sudi, bacalah.

Tapi yang betulnya, untuk minggu ni tenaga aku banyak berhabis untuk 'majlis' hari jumaat nanti. Majlis lah sangat! Majlis yang tak pernah nak jadi, asyik bertangguh je dari awal tahun lagi. Fedap dah mak! Menyusahkan! Perkara nilah yang sebenarnya buat semak kepala aku. Haiiiih, sabaq jelah.

Tapi dalam kekalutan tu aku sebenarnya rindu sangat nak update blog selalu dan blogwalking macam dulu. Siyes wa cakap lu! Cuma masa memang tak mengizinkan. Kalau update pun tengoklah wedles je mampu, ayat pendek-pendek je keluar. 

Ini pun curi masa sat, lepas ni aku akan kembali menenyeh kasut sampai berkilat macam ayaq sungai yang mengalir dan gosok unipom sampai keras melentik macam bulu mata rozita che wan tu. Harap-harap hari jumaat nanti semuanya oke!

#Bai :)

11 comments:

  1. Replies
    1. sabaq tu sentiasa ada azzah..:)

      Delete
  2. nanti tak boleh update blog la ye??kesian...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak..laptop, broadband semua bwk.

      Delete
  3. nanti update la, apa citer kat tmpt kursus tu. pendek2 pun takpe.

    ReplyDelete
  4. Eh, sy pun tgh plan kenduri yg asiklah tak jadi. Heheheh...

    ReplyDelete
  5. paling tak suka kilat kasut tu kak....dah pena rasa 3bulan dlm kem plkn,,asyik kilat kilat kilat..xkilat kasut,amik kau..padang kawad menanti.

    ReplyDelete
  6. kepala sy pon semak gak la ni ...

    ReplyDelete
  7. ayat pendek2 pun xpo...janji berupdate...hehe

    ReplyDelete
  8. Hari ini sabtu..amacam dah OK ...selesai dengan jayanya>>>

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D