5.5.12

Siaran Lewat: 4 Mei 2012

Ya Allah cemana lah aku boleh lupa nih, padahal dah set alarm kat henpon dah. Set pulak bukan hari tu jadi, hari tu baru bunyi. 5 hari sebelum hari kejadian lagi dia dah bunyi. Tiap kali ada panggilam masuk dari `myYayang' mesti reminder tu pun dok dundundang sama menyanyi dengan ringtone tapi kalau dah nak lupa, terlupa, pelupa dan memang jenis pelupa, tampal kelender kat dahi pun tetap lupa jugak yang ada kelender kat dahi! Punggahhhhh!

Tepuk tepuk dahi. Aih, terlupa. Tak baiklah tepuk dahi. Tepuk tepuk pipi bila dapat mesej dari suami pagi tadi, sms ayat merajuk kemain lagi aku tak ingat birthday dia kannn. Dia sendiri pun tak ingat birthday dia itupun sebab adik dia, satu-satunya adik dia sms ucap selamat hari lahir kat dia. Haha. 

Biasalah kalau hari jumaat, petang je WAJIB busy berduyun-duyun faks masuk. Kalau faks masuk petang-petang gitu time orang nak balik pulak maknanya mestilah perkara tu SEGERA kan, untuk tindakan serta merta. Pehhh sabar jelah. Dah la kepala dok pikir nak masak apalah yang special untuk birthday abamboboi malam ni lagi kan. Sampai umah pukul 8 lebih. Lepas bersihkan diri dan tunaikan apa yang wajib terus aku tarik bantal bawak ke depan tv terus baring. Letih. Sangat letih. Tak larat la yang..malam esok je kita celebrate boleyyy??? Pejam mata tak ingat apa dah. Pukul 11 baru bangun, pi dapur. Kesian pulak kat cik abam kita. Tengah-tengah malam pun masak jugak lah Mee Basah ke Mee Kuah ke mee apa pun aku taktau nak bagi nama sebab ni resepi aku sendiri. Mee pun mee lah yang noh..janji kenyang. 


Walaupun terlewat, tetap nak ucapkan Selamat hari Lahir yang ke 30 buat suami ku Bazruddin Zakaria. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan, semoga hidup bahagia aman sentosa hingga akhir hayat bersama dengan isteri mu ini. Aminnn :))

Sekian, itu saja. XD


23 comments:

  1. Selamat hari jadi diucapkan kepada suami anda (dan kpd anda juga walaupun mungkin belum lagi ataupun dah telepaih.) semoga kebahagiaan ini berpanjangan. dlm melayari kehidupan ini, peliharalah sabar dan tabah jika tidak mahu dikalahkan oleh api kegagalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat yang bermakna..terima kasih En Fakur :)

      Delete
  2. Kalau prmpn/isteri..mesti merajuk pnjng suami lupe bday.

    Happy birthday buat suami niza ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajuk pompuan mestilah panjang kak...
      mekasih kak :)

      Delete
  3. halamak ksian nye. smpai dua2 trlupe besdey. hehe. slamat hari lahir en.bazruddin. moge sehat2 n dmurahkan rezki slalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jugak sebab tolong kesian kan...hehe

      Delete
  4. Selamat Hari Jadi untuk your hubby... :)

    ReplyDelete
  5. ooo..bzday abam na....hepi bzday encik abam niza romli...=)

    **kak, bleh ja tukaq url..p kat setting...tpi kalo tukaq pasni kalo klik blog kak x dapat dah la sebab url lama dah x wujud...saya penah buat skali..ooo, tidak,...x pasal2 kena cari kawan balik...pastu tukaq pakai yg lama balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cikgu ma :)

      #Ohyaka? takmo la tukaq kalo lagutu..satgi menyesai tak sudah plop :D

      Delete
  6. selamat ulangtahun untuk suami akak...semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..aminn

    ReplyDelete
  7. hepy bday buat hubby...kirim salam kat dia no

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih abam kerul..Insyaallah :)

      Delete
  8. selamat hari lahir utk suami akak.
    bahagia2 selalu :p

    ReplyDelete
  9. hpi bday untuk suami kak niza... senyum2 selalu.. :)

    ReplyDelete
  10. tak payah la masak..
    ajak makan yang special kat luar dah la..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah siap masak pun kak mee sedap tu..ekeke

      Delete
  11. alololo tomey2....gi selebret kt tepi pntai lah...baru cuwit siket ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. selebret kat dapoq pun cuwit gak... :D

      Delete
  12. Hepi belated besday buat suami Niza....

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D