17.5.12

Ujian Pap Smear



Apakah itu ujian Pap Smear? 
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks? 
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap Smear? 
Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap Smear terutamanya:
  • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  • Perokok
  • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan? 
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. [sumber]

#Hari ni ada pemeriksaan kesihatan, ujian pap smear dan mammogram (pemeriksaan payudara) oleh LPPKN tapi sedihnya aku sebab tak dapat nak meloloskan diri walau sekejap pun dari pejabat ni :| Sebenarnya, dah lama dah teringin nak buat ujian pap smear ni. Korang dah pernah?

17 comments:

  1. Ujian ni penting utk kesihatan wanita..

    *sy tak pernah lg Niza haha ^_^

    ReplyDelete
  2. dear..elin dah buat..lepas pantang er terus buat..lepas 6 bulan pun kena buat.memula mcm malu tp bile dah tau risikonya buang perasaan malu tuh :)

    memula sakit sikit jer..

    ReplyDelete
  3. blm..camne nak buang malu ntah!

    ReplyDelete
  4. pernah..
    2 kali...
    mula2 takut..
    tapi tak la sakit pun macam sesetengah oang rasa..
    mungkin orang tu rasa sakit sebab dia keras kan badan dia.
    sebenarnya kalau tak nak sakit
    kita kena bernafas macam biasa..
    jangan keras kan badan..

    ReplyDelete
  5. pernah buat dua kali juga, lama juga dah tak buat lagi ni, nak buat lagi asyik takde masa aje...huhu

    ReplyDelete
  6. akk pun selalu ter miss bab2 ni...kalau org pegnant mmg selalu cek pap smear, darah seme...kawan2 la story..mcm kita ni kena g seniri check..adoiih :D

    ReplyDelete
  7. pernah dgr tpi bila baa bnda ni baru taw. tq! :)

    ReplyDelete
  8. saya pernah buat ujian pap smea masa lps panang bersalin.. ngilu sikit... mamogram tak pernah lagi sbb belum 40 tahun tak digalakkann..

    ReplyDelete
  9. dengar pap smear macam ngeri jer..huhu..tak pernah buat lagi..tunggu dah kawin esok2 la..

    ReplyDelete
  10. ramai wanita yg dah berkahwin, masih belum buat pap smear ini atas alasan malu/takut. Minda sebegini harus di ubah.

    ReplyDelete
  11. belum pernah buat lagi..
    insyaAllah lepas delivered cadang nak buat + suntikan HPV di hospital private coz klinik kerajaan tak ada peruntukkan untuk wanita dewasa.

    ReplyDelete
  12. Thanks for info..sekarang saya tahu penting benda2 macam ini..
    Tempoh hari ibu saya ada kanser rahin stage 2..syukur Ok dah.. perlu buat pemeriksaan berkala..THanks for info

    ReplyDelete
  13. biaso dgr pasal ujian nih kat radio hot fm...:)

    ReplyDelete
  14. belum lagi. coz x layak lagi

    keh keh keh

    ReplyDelete
  15. seeloknya buat setahu sekali :)
    hm.xpe kak.ada kesempatan nanti buat.penting ni :)

    ReplyDelete
  16. terjumpa info ni, juga pasal ujian pap smear… sharing is caring :) - Ujian Pap Smear Elak Kanser Serviks

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D