9.6.12

Weekend #1: Bersiaran dari rumahku syurgaku

Bangun pagi dari tilam yang empuk dengan sakit-sakit badan yang amat. Kesan daripada ujian UKA pagi semalam. Tekan tubi, mendagu, lari ulang alik, lompat jauh dan lari sejauh 2.4km dalam masa 12 ke 18 minit mengikut peringkat umur memasing. Kussssemangat! Kalau kat pasukan jangan harap nak buat dan lari sungguh-sungguh, berjalan je banyak. Tapi kat tempat kursus, kena bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri  meneruskan kursus yang dihadiri. Kalau gagal, silalah kemas kain baju dan angkut beg ala-ala peserta AF yang tersingkir di minggu pertama. Dah habis banyak duit untuk persiapan kursus, tetiba kena hantar balik unit. Arghhh.. Rugi kan??

Habis minggu pertama, ada lagi 9 minggu. Silalah bertahan ya skot termasuklah aku yang dok paksa je diri ni untuk terus bertahan. Minggu pertama yang sangat menyeksakan jiwa raga hanya dapat tidur selama 2jam sahaja setiap hari. Dalam masa seminggu je berat badan aku dah turun 2kg. Muka dah hitam terbakar dek matahari oke. Wahhh, dasyattt betoi la kursus ni. Mantap!!

Itu baru seminggu, macam mana agaknya rupa aku selepas habis 9 minggu berikutnya. Yang pasti raya nanti memang takdalah gambar kenang-kenangan dengan badan yang kerempeng dan muka yang hitam tu. Huu.


Kali ni baru jadi selepas gagal percubaan pertama nak ambil gambar ni masa mula-mula sampai Bentong ahad lepas. Alahhhh, baru je sampai rumah semalam esok pagi dah kena gerak balik Bentong semula. Apapun, terima kasih kepada semua jurulatih sebab minggu pertama kursus dah bagi balik rumah jumpa suami/isteri/anak tapi untuk minggu berikutnya belum tentu lagilah kot.

#Tak boleh nak pi mana-mana hari ni sebab demam, batuk dan sakit tekak. Harap esok dah sihat sepenuhnya.

9 comments:

  1. Selamat berkursus lagi!!!hehehe

    ReplyDelete
  2. upload la tang muka terbakar tu... hehe

    ReplyDelete
  3. Kursus, kursus juga tapi kesihatan perlu dijaga.

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh yer kak :)

    ReplyDelete
  5. tak terbuat aku ko punya kursus ni wei

    ReplyDelete
  6. fuhh mencabar ya kak demam2 ni kena kursus semua tu..adohai..semoga akak cepat2 sembuh ya..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D